Tuesday, 6 January 2015

Ikan Bilis Goreng Tempoyak

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hari nih terpaksa ambil cuti. Anak dara demam pulak. 2 beradik demam. Kakak panas badan tapi still lagi aktif. Adik pulak panas sangat badan melepek je menangis. Kesian pulak.

Sementara ibu masak tadi mak yang jaga kakak n adik. Ibu masak simple je ikan bilis goreng tempoyak, ayam goreng, cendawan tiram+carrot+cauliflower sup. Campak-campak je sejam dah siap.


Ibu nak kongsikan resepi ikan bilis goreng tempoyak. Memang best.

Bahan:
Ikan bilis
Petai
Bawang besar
Cili padi
Tempoyak
Kicap
Minyak masak

Cara Membuat:

  1. Panaskan sedikit minyak kemudian goreng ikan bilis hingga garing. Ketepikan.
  2. Guna minyak yang sama gorengkan bawang besar, petai dan cili padi seketika.
  3. Masukkan sedikit tempoyak dan kacau hingga sebati.
  4. Masukkan sedikit kicap dan akhir sekali masukkan ikan bilis. Kacau seketika, angkat dan hidangkan.

Siap. Boleh cuba ye. Senang dan sedap.

4 comments:

  1. kitorg jawa panggil sambal goreng je.. cuma takdelah letak tempoyak tuu.. tambah suun & tempe.. hehehe..sedap je makan dengan telur goreng mata kan,.. nanti nak cuba laa tambah tempoyak,..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Try buat yang nih lagi sedap tau. Sambal jawa tak letak petai kan.

      Delete