Betul Ke Makanan Laut Cerdaskan Anak?
Didalam makanan laut terkandung kandungan protein yang tinggi dimana sangat diperlukan oleh kanak-kanak untuk tumbesaran mereka. Paling menarik fakta ini turut mengatakan bahawa dengan memakan makanan laut ia boleh meningkatkan kecerdasan anak.
Didalam makanan laut terkandung 15% protein, 15% lemak, 5% vitamin mineral, juga mengandungi Omega 6, Omega 9 dan asid amino essensial yang sangat membantu perkembangan optima seseorang anak.
Antara makanan yang tergolong dalam kategori makanan laut adalah ikan, udang, sotong, rumpai laut, ketam. Makanan laut juga sangat baik untuk membantu sistem pencernaan anak. Ibu-ibu digalakkan untuk memperkenalkan makanan laut kepada anak sejak awal lagi.
Kandungan protein yang tinggi didalam makanan laut digunakan untuk pertumbuhan dan pembaikan sel dalam badan anak. Jika anak yang suka menikmati hidangan makanan laut sejak usia kanak-kanak tidak hairanlah jika mereka memiliki ketinggian lebih optima berbanding anak yang tidak makan makanan laut. Makanan laut juga membantu sistem pencernaan anak kerana kandungan protein yang dimiliki mudah untuk dihadam.
So memang terbukti makanan laut boleh mencerdaskan anak.
0 Comments