Perkahwinan Jarak Jauh - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Sunday 5 April 2015

Perkahwinan Jarak Jauh

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Anak-anak dah tidur dapat la ibu layan Anugerah Bintang Popular Berita Harian. Babah dah gerak balik Putrajaya. Camni la kehidupan kami. Jumpa seminggu sekali je. Jumaat husband balik rumah. Ahad dah balik Putrajaya demi tugas. Dah nak masuk 2 tahun kehidupan kami camni. Perkahwinan Jarak Jauh (PJJ).

Kadang-kadang rasa stress jugak sebab semua benda kita kena uruskan sendiri. Mujur la tinggal dengan family. Rumah ayah belakang rumah je. Kalau tinggal kami je lagi la stress kot. Family la banyak membantu uruskan 2 orang anak.

Teringin sangat nak duduk serumah dengan husband. Sama-sama uruskan anak-anak. Bila lah waktu tuh akan tiba kan. Insyaallah percaya je apa yang Allah dah aturkan. Ada hikmah disebaliknya kan. Cuma jangan berhenti berdoa dan berusaha supaya encik husband dapat tukar secepat mungkin.

Perkahwinan jarak jauh nih rumit jugak sebenarnya. Kena ada tolak ansur, kepercayaan pun penting. Kadang-kadang terfikir bukan-bukan jugak. Tapi cepat-cepat fikir positif. Mudah-mudahan ikatan perkahwinan kami berkekalan hingga akhir hayat.

masa akad nikah 2 September 2011

Yang penting saling mempercayai antara satu sama lain. Bila dah ada kepercayaan tuh jangan sesekali disalahgunakan ataupun mengambil kesempatan diatas kepercayaan tuh kan. Nak mencari bahagia nih tak susah pun kan.

Sanding 3 September 2011


Semoga hubungan kami suami isteri berkekalan hingga akhir hayat. Love my husband so much.

2 comments:

  1. prnh pjj setahun lbh.. mmg mnyeksakan..
    sedih.. rindu kat asben..
    skrg ni alhamdulillah.. xpjj dh..

    semoga awk pon ade rezeki nk duk serumah ngn asben dlm ms terdekat ni ok!
    =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy dah nak masuk 2 tahun dah. Tapi redha je dah. Hihi

      Delete