Penapis Air Beralkali - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Wednesday 3 June 2015

Penapis Air Beralkali

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Seperti yang kita ketahui asid dan alkali sangat banyak digunakan didalam kehidupan seharian kita. Memasak ada kala nya kita menggunakan cuka iaitu bahan yang berasid, mencuci pakaian menggunakan sabun pencuci yang berakali. Kesimpulannya kehidupan seharian kita sangat berkait rapat dengan asid dan alkali. Cuma kita yang tak perasan kan sebab asid dan alkali nih hanya menunjukkan sifat didalam air sahaja. Sebab tuh kita perlu guna kan kertas litmus atau PH test kit untuk menguji tahap keasidan dan kealkalian didalam air. Korang try la check penapis air korang. Air nya alkali ke asid ke. Penting tau. Sebab air yang kita tapis tuh la kita nak minum kan.


Daku sangat bersemangat nak cek kadar kealkalian air yang ditapis menggunakan Get Clean Water Pitcher Shaklee . Masa pergi S2U Wellness Workshop hari tuh nutrionist Shaklee ada buat ujian ke atas air turasan water pitcher Shaklee so i pun nak la test sendiri kan betul ke tak kan. Gigih la duk menggoogle kat lazada dan lelong.com tapi tak beli pun dari situ. Terfikir nak cari kat kedai ikan mesti ada kan. Test kit tuh memang untuk menguji tahap kualiti air didalam akuarium. So cergas cari kat kedai ikan. Alhamdulillah dapat sama macam yang jual kat lazada dan lelong.com tuh. So tak payah dah beli online.

PH test kid yang daku beli kat fish shop (gambar ihsan google)

PH test paper. Biasa guna kat makmal sekolah. (Gambar ihsan google)


Balik je rumah gigih testing. Habis semua air ku test. Hahahaa. So hasilnya untuk air turasan Get Clean Water Pitcher Shaklee adalah.....................................

Lihatlah hasilnya. Air beralkali.


Nampak tak kealkalian air nih terserlah. Nampaknya daku tidak tersilap memilih penapis. Hihihi. Kalau air tuh menunjukkan warna biru maka air nya beralkali. Kalau hijau maka ianya berasid. Kenapa kita perlu memilih penapis air yang menghasilkan air yang beralkali? Kerana air beralkali berfungsi menjaga kesegaran, melancarkan proses pencernaan dan dapat mengeluarkan toksin yang berlebihan didalam badan. Manakala keburukan jika kita terlebih minum air berasid maka tubuh badan kita lebih mudah untuk mendapat pelbagai jenis penyakit seperti gout, penyakit jantung, kencing manis, darah tinggi dan banyak lagi. Kerosakan tisu badan, urat dan arteri boleh berlaku jika pH yang tidak seimbang.

Tengok, betapa penting minum air yang beralkali. So pilih la penapis air yang sentiasa selamat, sentiasa berkesan, sentiasa mesra alam. Get Clean Water Pitcher ini mampu menyingkirkan plumbum serta pelbagai benda asing yang terdapat didalam air. Selain itu ia juga dapat mengurangkan pelbagai jenis bahan cemar berbahaya yang mungkin terdapat didalam air. Yang paling hebat water pitcher ini diiktiraf berkesan dalam mengurangkan plumbum dan benda asing lain oleh Persatuan Kualiti Air (WQA).

Cie memang suka guna penapis air Shaklee nih sebab mudah untuk dibawa ke mana-mana. Kalau kita nak pergi berkelah, berkhemah atau sebagainya sangat mudah untuk kita menapis air. Tidak perlu pemasangan kepada paip. Nak letak kat pantry office pun takde masalah. Harga pun sangat berpatutan. Cie dulu pernah beli sebuah water filter jenama X. Harga dah la mahal, filter ada 6 biji dalam tuh. Leceh pulak tuh kena pasang kat paip. Kalau bekalan air terputus maka tak dapat la nak tapis air. Kalau water pitcher Shaklee nih takde bekalan air dari paip pun kita boleh tapis air just tuangkan je ke dalam jug.

Kalau u berminat nak dapatkan water pitcher nih jangan segan silu hubungi daku ye. Daku akan berikan perkhidmatan yang terbaik buat semua pelanggan ku. Hihihi.


Jika berminat nak mencuba sendiri PRODUK SHAKLEE boleh hubungi saya:

Pengedar Shaklee Kuala Lipis dan Seluruh Malaysia
Roziah Muhammad Nor
Double SR Enterprise ( CT 0028861-M )
ID: 890962
Facebook Page: Petua Nak Kurus
Instagram: ROZIAH_MUHAMMAD_NOR
Emel: syafiyahvitashoppe@yahoo.com
0129755310 (whatsapp/wechat/sms)

Daftar Keahlian Sila Isi: BORANG KEAHLIAN SHAKLEE

1 comment: