Kemunting Beach Resort - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Khamis, 4 Jun 2015

Kemunting Beach Resort

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Selama 4 hari 3 malam berkampung disini bagi mengikuti Kursus Penyeliaan Cemerlang. Semua peserta terdiri dari Pegawai Penyediaan Makanan dan Penolong Pegawai Penyediaan Makanan hospital-hospital seluruh Malaysia.

Sangat excited nak sertai kursus nih sebab dapat berjumpa semula dengan kawan-kawan dari Politeknik Johor Bahru dulu. Masa nih la nak jumpa pun. Kalau tak susah nak jumpa sebab masing-masing bertugas di negeri yang berjauhan.


Sama-sama belajar kat politeknik dulu. Sama-sama menjadi penjawat awam dan menjawat jawatan sama.




Last day sebelum berpisah posing dulu. Susah nak jumpa.

Kemunting Beach Resort nih terletak di Pengkalan Balak, Melaka. Nak sampai ke sini susah juga kalau kita tak familiar dengan daerah-daerah di Melaka. Husband Cie guna waze je. Kalau dari highway Selatan kita akan exit Simpang Empat. So mula dari situ pandai-pandai la guna waze ye sebab jalan dia bukan jenis lurus je. Masuk simpang sana simpang sini, roundabout lagi. Memang agak mencabar jugak perjalanan ke sini melalui jalan kampung. Tapi suka tengok rumah-rumah orang Melaka nih penuh dengan nilai tradisi. 

Sampai je kami ke Kemunting Beach Resort terasa macam agak kecewa sebab perjalanan yang jauh tapi bila sampai je view yang kurang menarik. Hukhukhuk. Tapi apakan daya pihak urusetia yang membuat pilihan maka kita ikutkan jela. Cie ambil family room. Dah booking awal sebab senang nak bawak family. 1 malam bayaran untuk family room nih RM130 tanpa breakfast. Bagi Cie agak mahal jugak la sebab dengan keadaan bilik yang tak menarik. Channel televisyen hanya TV1. Water heater pun rosak. Bila panggil technician tak datang pun. Cuma pekerja resort je yang datang untuk tengok. Katanya technician akan datang petang. Sampai sudah tak datang. Sedih tau kita bayar tapi perkhidmatan yang kita dapat agak mengecewakan. Kesian bawak family tapi tak selesa.

Family Room - 1 katil single, 1 katil queen

Bilik air. Heater rosak. Huhu

Towel yang dibekalkan

2 beradik nih jakun jumpa sabun. Haha

Tv canggih tapi astro tak ada. Hihi

Untung dapat bilik bawah je. Parking kereta terus masuk bilik.

Lobi sebelah sana. Sini dewan seminar.


Kalau nak bercuti dengan family pilih la resort yang selesa. Tempat nih sesuai untuk yang nak berkursus je baru feeling mencabar kan. Hahahaa.

Aktiviti sepanjang kursus agak padat. Kami cuma berpeluang membuat aktiviti sendiri selepas jam 5 petang dan 6 petang hingga la pukul 8 malam. Jam 8 malam dah bermula kursus untuk sebelah malam. Ada kala sampai pukul 11 lebih. Pengisian kursus yang sangat bermanfaat.

Kakitangan yang senior dan junior berkumpul bersama-sama sepanjang tempoh kursus. Dengan bermacam aktiviti. Pembahagian kumpulan dan nombor kumpulan Cie nombor satu. Kami diberi tugasan untuk mencari guli yang disorokkan oleh pihak urusetia. Untuk aktiviti guli terbanyak kami mendapat nombor dua. Pertandingan membina menara dan istana. Seronok sangat dapat bekerjasama didalam kumpulan. Walaupun kita tak mengenali antara satu sama lain tetapi kita dapat sama-sama berkongsi pendapat.

Sekali sekala kursus sebegini diadakan dapat mengeratkan hubungan diantara satu sama lain. Dapat juga menghilangkan tekanan ditempat kerja.






Jika berminat nak mencuba sendiri PRODUK SHAKLEE boleh hubungi saya:

Pengedar Shaklee Kuala Lipis dan Seluruh Malaysia
Roziah Muhammad Nor
Double SR Enterprise ( CT 0028861-M )
ID: 890962
Facebook Page: Petua Nak Kurus
Instagram: ROZIAH_MUHAMMAD_NOR
Emel: syafiyahvitashoppe@yahoo.com
0129755310 (whatsapp/wechat/sms)

Daftar Keahlian Sila Isi: BORANG KEAHLIAN SHAKLEE

Tiada ulasan:

Catat Ulasan