Kebanyakkan ibu pasti pernah memarahi anak kan. Termasuk la juga Cie. Kalau boleh taknak marahkan anak tapi kadang-kadang kesabaran tuh rendah sangat. Ada masa kesabaran tuh boleh hilang. Bila difikir balik apa lah dimarah anak yang masih kecil tuh kan. Lepas marah terus menyesal. Lepas tu marah semula kan. Haaaha. Sabar tuh penting sebenarnya.
Macam mana cara untuk elak daripada marahkan anak? Kadang-kadang anak pun confuse ibu nih sayang ke tak kat dia asyik marah je. Anak pun hairan kejap marah, kejap sayang. Menyebabkan mereka keliru. Bayangkan umur anak baru setahun kita dah marahkan dia. Kena berubah nih sebab Cie selalu marah anak, lepas tuh sayang balik. Hihihi.
Dalam tak sedar anak-anak akan membesar sebagai individu yang keliru, suka memberontak, menyalahkan diri sendiri. Cie perasan kalau marahkan adik ada masa dia akan menangis kuat then datang semula kat Cie. Kadang-kadang dia memberontak macam kalau dia ada pegang apa-apa dia akan hempas atau baling. Kakak pulak kalau kita marah dia pandang je kita sambil buat muka sedih. Ada jugak dia memberontak sama macam adik baling barang atau hempaskan barang. Kadang-kadang kakak menangis. Barulah ibu pujuk.
Sebenarnya bukan lah tak boleh langsung marahkan anak-anak. At least kalau anak-anak buat kesalahan kita just tegur cara berhemah bukan kita marahkan anak sebab kita penat, tertekan atau sebagainya. Kalau buat kesalahan memang kita kena betulkan dengan cara teguran atau kita marah tapi dengan menggunakan perkataan yang berhemah dan cara yang paling membuatkan anak-anak tau yang kita marahkan mereka sebab mereka lakukan kesalahan.
Jika kita mahu mendisiplinkan anak elakkan ketika sedang marah kerana ketika marah kita lebih beremosi dan berkemungkinan besar kita cenderung untuk manyakitkan atau memukul anak. Sebagai ibu kita harus cuba mengawal diri supaya tidak marahkan anak disebabkan perkara yang tidak sepatutnya. Kita boleh elak untuk memarahi anak-anak kita. Cie nak kongsikan tiga cara untuk elak marahkan anak-anak.
BERTENANG DAN TARIK NAFAS
JAUHKAN DIRI DARI ANAK SEKETIKA
TIP DAN PANDUAN KEIBUBAPAAN
Jika berminat nak mencuba sendiri PRODUK SHAKLEE boleh hubungi saya:
0 Comments