Resepi Lontong - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Saturday 1 August 2015

Resepi Lontong

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Raya hari tuh macam tak puas makan lontong so mood rajin nak masak lontong. Kebetulan beras nasi impit ada lagi so gigih la masak lontong. Makan dengan sambal tumis ikan bilis. Fuhhh memang bertambah makan. Haha. Resepi lontong Cie nih simple sangat. Mudah je nak buat. Bahan pun tak banyak.


resepi lontong
Kuah Lontong

makan nasi impit dengan kuah lontong
Nasi Impit



Resepi Kuah Lontong


Bahan-bahan Kuah Lontong

1 biji bawang putih dikisar
5 biji bawang merah kecil dikisar
1 inci kunyit hidup dikisar
100gm udang kecil dibuang kepala
1/6 biji kobis bulat dipotong kecil
1/4 biji terung panjang dipotong
5 batang kacang panjang dipotong
1/3 biji carrot dipotong julliene
1 batang serai dititik
1 keping tempe dipotong kecil
1 keping fucuk dipotong kecil dan direndam
30 gm suhun dipotong dan direndam
200ml santan kotak (kecil)
1 sudu kecil serbuk kunyit
Sedikit air
Sedikit garam

Cara Membuat Kuah Lontong

1. Masukkan air, bahan kisar, carrot, tempe, serai ke dalam periuk. Biarkan hingga mendidih.
2. Masukkan udang, terung, fucuk, suhun dan kobis bulat.
3. Masukkan santan dan kacau rata. Masukkan serbuk kunyit.
4. Perasakan dengan garam.
5. Sedia untuk dihidangkan.

Siap dah kuah lontong daku. Senang je buat nih. So selamat mencuba. Resepi sambal tumis bilis nanti update entry lain.

Nasi impit tuh rebus macam biasa je.

Jika berminat nak mencuba sendiri PRODUK SHAKLEE boleh hubungi saya:

Pengedar Shaklee Kuala Lipis dan Seluruh Malaysia
Roziah Muhammad Nor
Double SR Enterprise ( CT 0028861-M )
ID: 890962
Facebook Page: Petua Nak Kurus
Instagram: ROZIAH_MUHAMMAD_NOR
Emel: syafiyahvitashoppe@yahoo.com
0129755310 (whatsapp/wechat/sms)

Daftar Keahlian Sila Isi: BORANG KEAHLIAN SHAKLEE

No comments:

Post a Comment