Tebus Mata Astro Circle - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Tuesday 29 September 2015

Tebus Mata Astro Circle

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Korang pernah tak tebus mata ganjaran astro? Ahkak nih tak pernah tau pun boleh tebus diknon. Alkisahnya satu hari tuh dapat emel dari Astro baru lah ku tau boleh tebus rupanya. Patut lah selama nih duk tengok kat bil yang dorang hantar kat emel tuh ada column point. Tak menyangka la boleh tebus bagai nih. Takdela banyak point dalam 1130. Punya lah lama jadi pelanggan astro banyak tuh je. Syukur la ada jugak kan.

15 September yang lepas gigih la daku nih ke website untuk tebus tuh Astro Circle. Tengok punya tengok takde satu pun yang berkenan di hati. Ada berkenan pun tak cukup point. Saja jela nak try tebus. Akhirnya dapat lah tebus magic mug. Hari nih baru sampai. Ngam 2 minggu. Bila sampai je daku yang jakun nih tak tau pulak mug tuh magic. Macam pelik kenapa hitam je mug nih. Bos I pun kata tuh kan magic mug nanti bila u letak air panas baru nampak gambar. Alamak!!! Hahaha. Punya la jakun kan. Terus la buat eksperimen. Hihihi


tebus mata ganjaran astro
Mug yang belum diisi air panas



tebus mata ganjaran astro
Mug selepas diisi air panas

Magic sungguh kan. Dari hitam terus jadi putih. 2 3 kali la tambah air panas. Terserlah kejakunan di situ. Hahaha. Terima kasih la Astro atas pemberian mug nih. Korang kalau belum tebus tuh cepat-cepat tebus mug magic nih. Boleh jakun sama-sama. :p

No comments:

Post a Comment