Tuesday, 13 October 2015

Ayah Selamat Pulang

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Ayah dah selamat sampai dari Mekah pada 1 Oktober hari tuh. Lupa pulak nak update. Hihi. Alhamdulillah ayah sihat. Cuma masa mula-mula sampai tuh ayah batuk-batuk. Seminggu jugak baru hilang batuk. Perubahan cuaca sana dan sini.

Alhamdulillah ayah selamat sampai walaupun flight delay agak lama jugak. Maybe sebab faktor cuaca. Cie pergi ambil ayah dengan family Kak Long. Naik 2 kereta. Dah lama tak drive ke KL. Dulu masa duduk KL bawak cik kenari je. Cilok sana sini redah jem. Drive cerato nih sopan la sikit kan takut jugak tergesel. Dah lama tak meredah jem. Jem jugak dari MRR2. 

Sampai ke KLIA ayah belum sampai lagi. Sejam jugak la menunggu. Sempat la posing-posing. Hihi. Husband tunggu kat sana je.






Hadiah dari Mekah. Alhamdulillah.

5 comments: