Saturday, 10 October 2015

Borong Tudung Bawal Murah

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Lepas melawat FHM 2015 Cie ada plan lain dengan anak buah. Pergi je naik kenderaan jabatan. Balik dengan husband. Baik punya plan. Dah alang-alang sampai kl kan.

Dari KLCC Cie naik Putra LRT ke stesen Masjid Jamek. Sekian lama dah tak naik train. Bertahun dah kot rasa masa training kfc je naik train. Semua dah lain. Bukan tiket kertas lagi sekarang dah pakai token. Token tuh pulak beli kat automatic machine je, dah tak jual kat kaunter.

Dari stesen Masjid Jamek pulak naik Star LRT ke stesen Bandaraya. Singgah la kejap kat Sogo. Cuci mata je. Sebab target nak beli benda lain. Hihihi.

Cie jumpa dengan kakak kat Sogo. Lepas tuh menapak ke Jalan TAR pulak. Actually kakak study kat UIA. Kebetulan dia nak balik jumpa tok baru balik dari Mekah. Nanti nak balik sama-sama.

Nih la anak saudara Cie yang 'gojes' tuh. Huhuhu

So projek kami berjalan dengan lancar. Hihi. Jalan bujang-bujang memang senang je. Projek kami berdua nih memborong tudung bawal murah. Haha. Memang murah kalau beli 20 helai dapat la RM5. Kalau 10 helai RM6. Kalau kat Lipis paling murah RM9. Tuh pun tak banyak warna. Yang kat jalan TAR nih ada satu kedai tuh ada berpuluh pilihan warna. Seratus ada kot. Kedai kecik je. Memang tak tau nak pilih. Lupa pulak snap gambar kedai tuh. Teruja sangat tengok tudung murah. Haha. Dah settle borong tudung, borong kain pasang pulak. Pun sama murah-murah je. Memang cuci duit betul-betul kat situ. Sekali sekala kan.

Nih la rupa tudung bawal murah tuh. Nanti nak borong lagi la. 


Dah dapat semuanya puas hati dah. Boleh balik. Tunggu husband ambil kat depan Sunway Putra Mall. Dari stesen Bandaraya tadi ke stesen PWTC. Husband balik kerja dari Putrajaya terus datang ke situ.

Dah lama tak membujang camni. Haha. Masa training KFC dulu merasa la naik train ke sana sini. Duduk kat Jalan Ipoh. Training Centre kat Kelana Jaya. Training outlet kat Maju Junction. Merasa la berkejar-kejaran mengejar bas, naik train, naik teksi. Pendek kata segala public transport kat KL tuh kami naik. Kenangan lama.

No comments:

Post a Comment