0
Assalamualaikum. Salam Sejahtera.
Mood raya dah datang kan. Meh nak share bsikut raya paling senang nak buat. Simple sangat cara nak buat tu. Tak pandai masak pun boleh buat biskut ni tau. Hihihi. Selamat mencuba.


resepi biskut cornflakes

BISKUT CORNFLAKES

 
BAHAN-BAHAN:
150 gm tepung gandum
50 gm tepung jagung
180 gm mentega / marjerin
50 gm gula pasir (blend sampai hancur) *kalau malas beli je gula aising
cornflakes (hancurkan jangan terlalu halus) *ikut suka nak banyak mana
untuk hiasan pulak: ceri / coklat rice / coklat urai yang warna-warni tu
paper cup bunga-bunga yang kecil/paper cup berwarna pun boleh
 
CARA MEMBUAT:
1. Pukul mentega / marjerin dan gula. Tak perlu pukul sampai kembang.
2. Kemudian masukkan tepung, cornflakes kacau hingga sebati.
3. Ambil sudu kecik lepas itu sudu kan ke dalam paper cup jangan penuh sangat, jangan sikit sangat. Agak-agak jela.
4. Sebelum bakar letak la hiasan atas cornflakes tadi. Sedia untuk dibakar. Suhu ketuhar agak-agak jela ek dalam 180°c boleh la. Bakar hingga masak lebih kurang 10 hingga 15 minit. Kalau nak tau masak ke tak tengok bawah cup tu kalau kekuningan coklat maknanya masak.

Post a Comment Blogger

 
Top