BUKA JAHITAN - MINOR OPERATION GIGI GERAHAM BONGSU
9 Ogos 2018 genap la seminggu Cie menjalani pembedahan kecil gigi geraham bongsu. Ceritanya di sini -> PENGALAMAN PEMBEDAHAN KECIL GIGI GERAHAM BONGSU. So 9 Ogos baru ni Cie kena hadir appointment untuk membuka benang jahitan dan pemeriksaan oleh dentist.
Seriau jugak sebenarnya sebab masih segar diingatan saat pembedahan hari tu. Memang kalau ikutkan serik dah rasanya. Sebelum dentist sedia nak menjalankan operasi membuka benang sempat la tanya kat nurse sama ada sakit ke tak nak buka benang tu. Katanya doktor gunting sikit je takde rasa apa. Siap tanya kat nurse tu ada bius ke tak. Hahaha punya la fobia dengan bius ni. Nurse kata takde bius.
Dentist pun dah ready. Sebelum mula tu dia tanya ada sakit lagi ke then dia suruh kita bagi skala 10 sakit sangat, 0 tak sakit. Cie pun bagi la 3 sebab memang masih sakit cuma trend semakin berkurang la. On dan off je ada masa sakit, ada masa tak. Cerita juga kat dentist sakit kat pipi.
Dentist terangkan kenapa masih sakit. Katanya masa operate gigi geraham hari tu ada melibatkan tulang so memang akan ambil masa nak sembuh sepenuhnya. Sakit tu memang akan rasa cuma akan semakin berkurang la lama-lama nanti.
Dentist pun mula check dalam mulut then dia kata semua ok, tak ada sisa makanan kat tempat operate, bersih je. So dentist kata nak buka benang jahitan dan nak cuci sikit dengan normal saline.
Mana tak bersih gigih tau Cie makan kunyah sebelah gigi je sebab takut sisa makanan termasuk ke dalam lubang tempat operate tu. Lagi bahaya menyebabkan infection dan akan bertambah sakit.
Mula-mula dentist akan buka benang jahitan. Dia gunting sikit then tarik. Masa tarik tu ada la rasa sikit tapi tak sakit pun. Ada 3 tempat jahitan. Lepas tu dia mula cuci dengan normal saline tadi. Dia guna syringe dan pancutkan dalam mulut kita, nurse akan sedut guna suction (taktau nama apa). Lepas tu siap. Dia suruh kita kumur sikit.
Dentist pesan suruh gosok gigi perlahan-lahan dekat kawasan operate tu. Kalau tak pesan memang gosok perlahan pun takut punya pasal.
Ada juga tanya dentist lubang tu ambil masa berapa lama akan tertutup sendiri. Katanya biasa sebulan akan tutup sepenuhnya. Dia kata ni pun dah mengecil. Agak cepat juga baru seminggu dah mengecil. Rasanya ni hasil dari makan suplemen yang mempercepatkan proses menghasilkan sel baru.
1 Comments
Ya allah wak, kita tgh hadapi situasi yang sama ni... patut arini kena buka benang jahitan tu tapi macam seriau nak pegi klinik sebab gusi ni masih rasa bengkak dan berdenyut2... pastu dengan bibir mulut yang terkoyak sket masa cabut aritu, baru je baik luka nya. Seriau ... agak2 klu x buka bennag ni apa jadi eh? hahaha fobia gila nak jumpa dentist lagi
ReplyDelete