Hari ni dah start cuti maka terlebih rajin la nak masak lunch. Terpaksa rajin la sebab malas nak keluar beli makanan. Rasa dah lama tak buat Kerabu Peria weekend baru ni beli peria dan bunga kantan.
Ramai orang tak suka makan peria. Cie memang suka sangat makan peria. Walaupun pahit tetap best sebab banyak kelebihan peria yang ramai orang tak tau. Selain Kerabu Peria, Peria Goreng Taucu, Peria Goreng Sardin, Peria Celup Tepung. Pendek kata semua la best.
Bahan-bahan Kerabu Peria
1/2 biji peria
1/2 biji bawang besar
1 batang serai
1 batang bunga kantan
4-5 biji cili padi
Sedikit ikan bilis
3 sudu kecil garam kasar
Air untuk rendam peria
Cara Membuat Kerabu Peria
1. Rendam peria, garam kasar dan air selama sejam.
2. Hiris nipis peria, bawang besar, serai dan bunga kantan.
3. Potong cili padi kecil-kecil.
4. Ikan bilis ditumbuk.
5. Selepas sejam toskan peria yang direndam.
6. Gaulkan semua bahan. Siap untuk dihidangkan.
Cie tak letak garam dah sebab bila kita rendam tu secara tak langsung peria dah masin.
Nama: Roziah Muhammad Nor | Panggilan: Cie | Dilahirkan pada 19/11/1984 | Bekerja sebagai Pen. Peg. Penyediaan Makanan di hospital kerajaan | Menjadi Pengedar Shaklee sejak 2012 | Merupakan juga Consultant Gold Quantum Metal sejak Mei 2023 | Ibu kepada 2 orang cahayamata perempuan | Mula berblog 2009 & aktif pada 2011
PRODUK YANG DIJUAL DIDALAM BLOG INI BUKAN BERTUJUAN UNTUK MENDIAGNOS, MERAWAT, MENYEMBUH ATAU MENCEGAH SEBARANG JENIS PENYAKIT.PERLU DIINGAT YE. SEGALA BENTUK TESTIMONI ADALAH PENGALAMAN SESEORANG PELANGGAN SETELAH MENGAMALKAN PRODUK INI. PERLU DIINGAT BAHAWA HASIL & KESAN SELEPAS MENGAMALKAN PENGAMBILAN SUPPLEMEN MUNGKIN BERBEZA BAGI SETIAP INDIVIDU. NAMUN INI TIDAK BERMAKNA SUPPLEMEN INI MENGUBAT ATAU MENYEMBUHKAN PENYAKIT. SILA BERHUBUNG TERUS DENGAN SAYA ATAU PENGEDAR DIBAWAH JARINGAN SAYA UNTUK SEBARANG KONSULTASI SECARA PERCUMA SAHAJA
4 Comments
Sedapnya kerabu pria.. Cara paling best nak makan sayur yang pahit-pahit macam peria nie.. kikiki..
ReplyDeletesedap selalu cie ratah je. hihi
DeleteJM tak suka peria...
ReplyDeletetak pernak makan...
sedap JM try la
Delete