Bekal Makanan Anak Sekolah Februari 2019 - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Monday 11 March 2019

Bekal Makanan Anak Sekolah Februari 2019

IDEA BEKAL MAKANAN ANAK

Bekal Makanan Anak Sekolah

Sejak anak sekolah bulan Januari hari tu memang setiap hari Cie akan sediakan bekal makanan anak. Biar pun menu semuanya simple asalkan Cie sendiri yang masak lebih terjamin kebersihan dan juga dapat menepati selesa anak.

Risau juga banyak kes keracunan makanan selepas makan makanan dari kantin membuatkan Cie memilih untuk menyediakan bekal sekolah anak setiap hari. Bukan susah pun sediakan bekal anak. Tak sampai sejam pun. Semua menu bekal anak Cie sendiri yang pilih dia nak makan apa. Dia akan tulis menu untuk 5 hari sekolah.


Bekal Makanan Anak Sekolah
waffle coklat dan buah lai


Bekal Makanan Anak Sekolah
maggi (cintan) goreng dan buah lai


Bekal Makanan Anak Sekolah
lempeng gula dan buah lai


Bekal Makanan Anak Sekolah
scone jem butter dan buah lai


Bekal Makanan Anak Sekolah
cekodok bilis + sos tomato + mayonis dan buah lai


Bekal Makanan Anak Sekolah
roti sapu coklat, buah lai dan buah limau


Bekal Makanan Anak Sekolah
mee goreng dan buah lai


Bekal Makanan Anak Sekolah
maggi (cintan) goreng dan buah lai


Bekal Makanan Anak Sekolah
mee cintan goreng, buah lai, buah epal merah


Bekal Makanan Anak Sekolah
nasi goreng dan buah lai


Bekal Makanan Anak Sekolah
sandwich telur dan buah lai


Bekal Makanan Anak Sekolah
mee goreng dan buah jambu


Bekal Makanan Anak Sekolah
murtabak maggi + sos tomato + mayonis dan buah lai


Bekal Makanan Anak Sekolah
spageti bolognese dan buah lai


Bekal Makanan Anak Sekolah
maggi (cintan) goreng dan buah lai

Simple je bekal makanan sekolah anak Cie ni. Setiap hari wajib ada bekal buah sekali selain dari makanan. So baru la seimbang kan. Seawal pagi Cie memang bangun awal untuk sediakan bekal. Alhamdulillah tak pernah rasa penat nak masak pagi-pagi. Yang penting anak dapat makan makanan yang disediakan ibu dengan penuh kasih sayang.

Masa rehat anak pun akan jimat bila ada bekal so takde la anak buang masa beratur untuk beli makanan kat kantin. Biasanya budak memang ramai beratur nak beli makanan waktu rehat. Ada juga yang kadang-kadang tak sempat membeli sebab masa rehat terlalu singkat. Habis masa beratur je. Kesian kat anak-anak kan.

No comments:

Post a Comment