Monday, 22 November 2021

Pakej Handphone Umobile

 UMOBILE PLAN

Pakej Handphone Umobile

Beberapa minggu lepas saja jela tengok website UMOBILE untuk tengok pakej handphone yang ditawarkan. Memang plan nak cari handphone untuk kakak, ibu nak ambik tab yang kakak tengah guna. Senang kalau dia nak ke mana-mana bawak handphone kecik je.

Terjumpa la pakej handphone RM0 PHONE FOR EVERYONE. Tak banyak pilihan handphone pun sebenarnya tapi sebab pakej tu macam menarik Cie try jela apply. 

Ada handphone Samsung, Oppo dan Vivo. Ada beberapa pakej seperti RM0, RM0.99 dan beberapa pakej lain lagi. Pada mulanya Cie memilih pakej yang RM0 tapi tiada stok handphone. Nak handphone Oppo untuk pakej RM0.99 pun takde stok.

Masa tu yang ada cuma handphone Vivo Y20 RM0.99 je. Cie pun try apply dan memang dapat. Total semua sekali kena bayar RM30.99. Untuk postage dikenakan bayaran RM30. Harga asal handphone Vivo Y20 RM599.

Pakej Handphone Umobile


Kira ok la harga handphone RM599 tapi hanya perlu bayar RM30.99 je. Cuma kena tukar plan data la Cie kena ambik plan Unlimited Hero P79. Data asal GX68.

Pakej Handphone Umobile

Apa-apa plan mesti ada kontrak. Untuk plan RM0 phones for everyone ni pun tidak terkecuali. Kontrak selama 12 bulan. Berbaloi la jugak sebab dalam tempoh ni kita takkan tukar telco dah.

Cie ambil pakej handphone ni untuk bagi kat Kakak Raisha. Babahnya pulak nak. Siap bayar RM50. Hahaha. So bagi la handphone Vivo Y20 ni kat husband dan handphone husband tu bagi kat anak. Husband pakai Vivo Y11.

Nak apply pun mudah je kalau memang pengguna Umobile. Proses pun cepat dalam 3-5 hari je dah dapat handphone.

0 blogger-facebook:

Post a Comment