Tyeso Vacuum Insulated Mug - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Wednesday 13 July 2022

Tyeso Vacuum Insulated Mug

 TYESO VACUUM MUG

Tyeso Vacuum Insulated Mug

Lama dah Cie nak beli vacuum mug ni. Senang nak bancuh Cinch Tea kat office. Tumbler ResV tu size nya pun kecik kadang-kadang tak cukup air nak sampai waktu lunch. Tu yang nak cari besar sikit.

Tyeso Vacuum Insulated Mug



Cie pun search la kat shopee. Terjumpa la Vacuum Insulated Mug brand Tyeso ni. Cie pun baca la segala review tu. Memang dah jadi kebiasaan nak beli apa-apa mesti kena baca review dulu.

Ramai yang komen kata mereka beli sebab mug Tyeso ni viral kat TikTok. Katanya tahan lama la untuk ais dan air panas. Kebanyakkan beli sebab viral tu la. Cie takde akaun TikTok jadinya taktau la viral ni.

Cie pun klik la order 2 jenis vacuum mug ni. 1 jenis yang lama 890ml dan 1 jenis lagi yang baru 710ml. Saja jela beli 2. 1 nak bawak ke office, 1 lagi nak bawak kalau travel. 


Tyeso Vacuum Insulated Mug



Tyeso Vacuum Insulated Mug


7 Julai 2022 order, 9 Julai 2022 dah sampai kat office. Tak sempat singgah ambil kat office masa tu Cie dah balik kampung.

Hari ni baru masuk office baru la dapat buka dan terus guna masa nak masuk kerja petang. Tak sabar nak rasmikan. Nak tengok betul ke tak review tu kan. Hihihi. Senang la Cie nak bancuh Performance Drink sejuk-sejuk letak ais. Selalunya bawak dalam botol biasa tu letak ais cepat jela cair.

Cie memang order warna putih supaya cantik la Cie nak tampal sticker Shaklee. Sebenarnya sticker tu Cie dapat masa beli promo Shaklee. Promo tu dapat free Shaklee Ceramic Mug dan sticker. Lepas tu promo dapat note book purple love pun dapat jugak sticker. So kena customize sendiri jela. Sayang nak guna ceramic mug tu. Tu yang beli vacuum mug lain dan tampal je sticker tu. 

sticker shaklee


Tyeso Vacuum Insulated Mug


Petang tadi Cie bancuh Performance Drink Lemon Lime ais. Ais tu Cie letak dalam 10 ketul. Cie bancuh pukul 1 lebih petang sebelum nak masuk kerja. Masa nak balik kerja pukul 4 lebih petang tadi Cie tengok ada lagi 4 ketul ais yang dah cair sikit. Dalam pukul 6 lebih petang air masih sejuk. Ais dah cair. Kalau ais banyak maybe lambat sikit akan cair.

Tyeso Vacuum Insulated Mug



Tyeso Vacuum Insulated Mug


Malam pulak Cie bancuh Green Tea suam. Sejam pun masih suam lagi. So memang best la kan. Boleh minum sejuk, boleh minum suam. Nak bawak travel pun senang.

Tyeso Vacuum Insulated Mug


Cie buat Intermitten Fasting (IF) so memang dari pagi sampai waktu lunch Cie akan minum je. Cie minum Cinch Tea. Tu yang memang nak guna vacuum mug so boleh la bancuh suam-suam. Baru la feel untuk minum tu dan kita enjoy je minum.

Nak beli Vacuum Mug tu boleh klik sini: Tyeso Vacuum Insulated Mug

No comments:

Post a Comment