Muzium Kuala Lipis - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Tuesday 6 September 2022

Muzium Kuala Lipis

 Tempat Bersejarah Kuala Lipis

Muzium Kuala Lipis

Muzium ni lama dah wujud tapinya belum pernah lagi masuk. Umur dah 38 tahun baru la masuk ke sini bawa anak-anak mengenali sejarah Kuala Lipis.

Muzium Kuala Lipis ni dibuka setiap hari kecuali hari Isnin tutup. Dibuka bermula 8.00 pagi hingga 5.00 petang bagi hari Selasa hingga Khamis. Jumaat pula dibuka pukul 8.00 pagi hingga 12.30 tengahari, 2.45 petang hingga 5.00 petang. Manakala hari Sabtu, Ahad dan Kelepasan Am dibuka 9.00 pagi hingga 5.00 petang.

Untuk masuk ke muzium ni ada bayaran sikit tapi masih berbaloi la. Tersangat murah dah sebenarnya. RM1.00 untuk orang dewasa dan RM0.50 kanak-kanak.


Muzium Kuala Lipis


Muzium Kuala Lipis


Muzium Kuala Lipis



Muzium Kuala Lipis

Asalnya muzium ni adalah bekas rumah Setiausaha Kerajaan Pahang. Rumah ni juga tempat kelahiran bekas Perdana Menteri kita Dato Seri Najib.

Muzium Kuala Lipis


Muzium Kuala Lipis


Muzium Kuala Lipis


Muzium Kuala Lipis


Muzium Kuala Lipis


Muzium Kuala Lipis


Muzium Kuala Lipis


Muzium Kuala Lipis


Muzium Kuala Lipis


Muzium Kuala Lipis


Sebenarnya banyak lagi gambar Muzium Kuala Lipis ni. Nak share sini memang tak larat la nak upload. Hihihi. Boleh juga tengok kat album facebook Muzium Kuala Lipis sini ada Cie share gambar dalam muzium tu.

Muzium ni 2 tingkat. Tak sampai sejam pun dah habis tengok semua yang ada dalam tu. Sejarah tempat, sejarah makanan dan banyak lagi la.

Banyak yang Cie baru tau tentang Kuala Lipis. Dapat la tunjuk kat anak-anak tentang sejarah Kuala Lipis tempat kelahiran mereka. Hujunh minggu kalau berkelapangan boleh berkunjung ke sini tengok barang peninggalan nenek moyang kita.

No comments:

Post a Comment