RESTORAN IKAN BAKAR TANJUNG LUMPUR
Masa bercuti di MANDURAH HOTEL KUANTAN bulan Januari 2023 yang lepas kami sekeluarga sempat menikmati hidangan makan malam di Santai Ikan Bakar Tanjung Lumpur.
Santai Ikan Bakar Tanjung Lumpur ni terletak di laluan utama ke daerah Pekan di Tanjung Lumpur. Betul-betul tepi jalan je. Kalau malam tu akan nampak signboard dan akan nampak macam kedai dalam hutan. Konsep dan dekorasi berasaskan pokok-pokok dan kayu kayan.
Sebenarnya kami tak plan pun nak makan kat Santai Ikan Bakar Tanjung Lumpur ni. Risau nak singgah makan nampak kedai macam eksklusif sangat. Kebetulan pusing kawasan Tanjung Lumpur nak cari restoran ikan bakar atau kerang bakar kebanyakkan penuh. Mungkin sebab minggu tu cuti umum raya cina ramai orang bercuti di Kuantan.
Kami pun kebetulan baru habis shopping di East Coast Mall terus la mencari restoran ikan bakar. Agak lewat jugak la habis shopping tu. Masa tu tawakal jela singgah kat Santai Ikan Bakar Tanjung Lumpur untuk makan malam.
Mujur masa kami sampai tu ada tempat kosong. Ada 1 family yang baru selesai makan. Kami pun terus duduk kat bawah tempat makan yang ada atap. Tempat makan di Santai Ikan Bakar Tanjung Lumpur tu ada banyak jenis. Ada dalam restoran tertutup, bawah bumbung terbuka, kawasan open air, gazebo.
Kami memilih tempat ada bumbung. Takut hujan turun pulak nanti masa tengah makan. Better cari tempat duduk ada bumbung. Nak pilih gazebo semua penuh.
Yang sebelah belakang tu restoran tertutup |
Tempat makan kami berbumbung tapi terbuka sejuk la malam-malam |
Atas tu macam rumah je |
Oleh kerana ini adalah pengalaman pertama kami makan di Santai Ikan Bakar Tanjung Lumpur so kami taktau la service macam mana. Masa kami sampai tu, kami dapat meja yang masih ada pinggan mangkuk sebab pelanggan sebelum kami baru je beredar so pekerja cepat-cepat bersihkan dan terus ambil order kami.
Nampak pekerja memang sangat laju bersihkan meja, ambil order, hantar makanan. Semua bergerak ke sana sini. Cuma mungkin jem di bahagian kitchen. Pesanan kami sampai agak lewat memang berejam juga kami menunggu. Kami sampai kat situ dalam pukul 9 lebih rasanya.
Kami order ikan pari bakar, sotong dan udang celup tepung, kepah masak halia, baby kailan goreng ikan masin. Kecewa juga nak order kerang bakar tapi takde. Air lupa nak snap gambar dan lupa dah order air apa. 2 bulan dah berlalu baru nak share. Hihihi
Masa kami tunggu makanan sampai hujan turun dengan lebatnya. Yang duduk kat ruang terbuka tu semua lari ke tempat berbumbung. Nasib baik tempat kami ada bumbung. Pilihan yang bijak. Hihihi. Sekejap jela hujan dalam 5-10 minit je.
Pesanan pertama kami sampai 10.25 malam iaitu ikan pari bakar. Pakat tengok jela nasi dan lauk lain belum sampai. 10.48 malam pulak sampai kepah masak halia, udang celop tepung dan sotong celup tepung, baby kailan.
Ikan pari bakar ni sedap |
Kepah masak halia ni pun sedap |
Udang ni ada 5 ekor. Masa snap tu seekor dah kena ngap. Hahaha. Udang ni taktau nak kata la macam cekodok je. |
Sotong celup tepung ni pun rupa cekodok |
Baby kailan ni sedap |
Antara semua menu yang kami pesan di Santai Ikan Bakar Tanjung Lumpur ni hanya udang dan sotong je tak meet our expectation. Ingatkan macam yang kami makan di Restoran Planet Seafood Kuantan tu lagi better dari kat Santai Ikan Bakar Tanjung Lumpur ni. Serius macam cekodok je tak berbaloi dengan harga.
Dah la makanan lambat sampai, dapat pulak makanan macam tu memang frust jugak la. Bukan tak bersyukur cuma agak kecewa sikit la. Kita mengharapkan makanan yang sedap bila tengok suasana di Santai Ikan Bakar Tanjung Lumpur ni memang meriah.
Ikan bakar tu boleh repeat order kalau nak makan di Santai Ikan Bakar Tanjung Lumpur. Tapi kalau udang dan sotong tu tak payah la. Macam cekodok je nanti. Hihihi.
Last sebelum balik snap gambar anak-anak cuma gelap sikit la tak nampak. Kalau handphone boleh snap night mode memang cantik. Banyak port untuk oot oot. Tapi sebab dah malam sangat siap makan dah 11 lebih malam. Nak gerak balik ke hotel Mandurah pulak.
Selalu nampak Santai Ikan Bakar ni setiap kali pergi Tanjung Lumpur. Selalu ramai sgt, rupanya mungkin sebab pelanggan dapat makanan ek. Sayang tempat cantik tapi jammed kat kitchen.
ReplyDeletetaktau la setiap hari memang lambat ke atau ada masa tertentu je. tu la rugi tempat cantik tapi service out sikit.
Delete