Resepi Kuey Teow Sup Mudah - BLOG ROZIAH @ CIE

Saturday 10 June 2023

Resepi Kuey Teow Sup Mudah

 Kuey Teow Sup

Resepi kuey teow sup mudah

Jarang-jarang je masak Kuey Teow Sup ni. Selalunya kuey teow sama ada goreng, ladna, kungfu. Sup tak pernah buat rasanya. So kita try la buat dah alang-alang bahan pun ada je. Buat Kuey Teow Sup mudah je. 

Bahan-bahan Kuey Teow Sup Mudah

1 peket kuey teow
1/2 peket bebola ikan - potong kecil
2 batang kek ikan - potong kecil
Sedikit sayur sawi - potong
2 ulas bawang putih cincang
2 sudu bawang putih kisar
2 sudu bawang besar kisar
Sedikit ayam (isi campur tulang potong kecil)
Perencah maggi cukup rasa

Bahan Tambahan:
Bawang goreng
Cili potong
Daun sup
Bawang putih goreng

Cara Membuat Kuey Teow Sup Mudah

  1. Panaskan sedikit minyak, gorengkan bebola ikan dan kek ikan sehingga garing sikit.
  2. Setelah masak, angkat dan toskan minyak.
  3. Baki minyak tu gorengkan bawang putih cincang sehingga garing. Angkat sekali dengan sedikit minyak.
  4. Tumiskan bawang putih dan bawang besar kisar sehingga naik bau. Kemudian masukkan ayam dan kacau seketika. Masukkan air dan biarkan hingga mendidih.
  5. Masukkan bebola ikan, kek ikan, perencah maggi cukup rasa. Sesuaikan rasa. Kalau dah ok boleh masukkan sayur. Tak perlu lama bila sayur tu dah agak lembut boleh tutup api dan sedia dihidangkan.
  6. Rendamkan seketika kuey teow dalam air panas lebih kurang 1 minit kemudian toskan.
Siap dah Kuey Teow Sup yang mudah disediakan. Makan dengan bawang goreng, cili potong, bawang putih goreng dan daun sup. Kalau ada limau kasturi boleh jugak perah dalam sup. Fuhhhh memang sedap la. Anak-anak makan bertambah. Berkali-kali puji sedap.

Kadang-kadang jemu juga kan makan nasi je. Sekali sekala tukar pulak masak Kuey Teow Sup je. Nak disediakan pun mudah dan cepat. Kalau tiba-tiba ada tetamu nak datang rumah boleh la sediakan Kuey Teow Sup mudah dan cepat untuk disediakan ni. Yang pasti sedap.

No comments:

Post a Comment