Nasi Kerabu Sedap Di Kuala Lipis - BLOG ROZIAH @ CIE

Sunday 31 December 2023

Nasi Kerabu Sedap Di Kuala Lipis

 Restoran Nasi Kerabu Sedap Di Kuala Lipis

Nasi kerabu sedap di kuala lipis
nasi kerabu ayam bakar tanpa sambal kelapa

Hujung minggu memang kemalasan nak memasak sarapan tu memang membuak-buak je. Malas betul nak masak. Tambahan pulak takde idea nak masak apa. Kalau makan kat kedai tu banyak la pilihan.

Kebetulan hari ni memang nak keluar untuk beli barang dapur. Dah alang-alang tu kita singgah la terus sarapan di Kedai Makan Kuzah. Kedai ni memang terkenal dengan hidangan nasi kerabu sedap di Kuala Lipis. 

Lokasinya pulak agak strategik betul-betul di hadapan Stesen Keretapi Kuala Lipis. Kedainya tu pun terletak di barisan kedai Bazar Stesen Kuala Lipis. So memang senang la nak cari kalau ke Kuala Lipis tu.

Kedai Makan Kuzah ni ada 2 cawangan. 1 lagi di Bandar Baru Kuala Lipis. Cie suka makan di cawangan di Bazar Stesen tu sebab kat situ ada air teh float yang Cie dan anak-anak suka. Setiap kali makan kat situ mesti order teh float.

Nasi kerabu sedap di kuala lipis
teh float tersedap ni wajib order


Nasi kerabu sedap di kuala lipis
nasi kerabu daging bakar


Nasi kerabu sedap di kuala lipis
gulai kawah


Cie kalau makan nasi kerabu mesti mintak taknak sambal kelapa. Memang tak suka sambal kelapa tu. Ni makan pagi terus sampai tengahari la. Lunch tak makan dah kalau pagi dah makan berat macam ni. 

4 comments:

  1. Salam kenal done followers 431..
    sedap nye nasi kerabu..da lama tak makan nasi kerabu ni

    ReplyDelete
  2. Asiiih trakhir makan nasi kerabu saat ada event Bazaar di USM, saat itu saya masih kuliah di Penang . Sukaaa sangat nasi kerabu ini. Tapi bedanya saya pun suka sambal kelapanya kak 😄👍

    Teringin pula kalo nanti ke Malaysia lagi, cari nasi kerabu ☺️

    ReplyDelete