Pemeriksaan Gigi Geraham Bongsu - BLOG ROZIAH @ CIE

Wednesday 3 January 2024

Pemeriksaan Gigi Geraham Bongsu

 Cerita Gigi Geraham Bongsu

Belum habis lagi kisah geraham bongsu ni. Selagi ianya masih ada. Beberapa bulan lepas gigi geraham bongsu sebelah kiri mula sakit lagi rupanya gigi tu dah keluar menyenget. Dia tolak gigi geraham sedia ada tu. 

Pemeriksaan Gigi Geraham Bongsu



Bulan lepas Cie pergi buat pemeriksaan gigi kat Jabatan Bedah Mulut. Kat JBM ni memang setiap bulan mereka ada buat pemeriksaan gigi untuk staf hospital so boleh la datang. Masa tu terus kena buang tampalan gigi lama sebelah kanan dan digantikan dengan tampalan baru. Tampalan lama tu dah tertanggal.

So dentist decide untuk bagi appointment pemeriksaan gigi geraham bongsu sebelah kiri yang masih ada ni. Tahun 2018 dulu Cie dah pernah operate gigi geraham bongsu sebelah kanan. 5 - 6 tahun juga berlalu rasanya macam baru lagi. Cie ada share Pengalaman Pembedahan Kecil Gigi Geraham Bongsu.

pemeriksaan gigi geraham bongsu

Tibalah masa hari ni akan dibuat pemeriksaan gigi geraham bongsu yang sebelah kiri ni. Dentist bagi appointment pukul 9.30am. Kena daftar dulu kat kaunter klinik pakar hospital. Cie diberi nombor dan terus bawak ke Jabatan Bedah Mulut. 

Dentist minta untuk buat xray dulu untuk tengok keadaan gigi tu. So kena pergi ke Unit Xray Hospital Kuala Lipis. Sekejap je dah dipanggil tak perlu tunggu lama. Lancar betul urusan hari ni.

pemeriksaan gigi geraham bongsu


pemeriksaan gigi geraham bongsu


Masa buat xray ni kena tanggalkan tudung. Tak boleh ada manik-manik. Cie dah tanggalkan rantai siap-siap kat rumah sebelum pergi kerja. Xray yang lepas kena tanggalkan rantai. Kejap je xray tadi tu. Keluar lepas tu duduk tak sampai seminit result dah keluar.

Bawak la result xray tu ke JBM semula. Baru je serahkan kat kaunter tiba-tiba dentist dah panggil cepat betul. Terus masuk dalam bilik pemeriksaan jela. Duduk je atas dental chair tu mula lah dentist indian tu tanya soalan macam-macam sambil dia tulis. Soalan dia duk ulang-ulang sama je. Hahahah. Hilang nervous duk melayan dentist ni.

To cut short pemeriksaan gigi geraham bongsu pun bermula la. Macam-macam alat la dentist tu guna untuk check gigi. Dentist yang check tu panggil lagi seorang dentist untuk mintak second opinion. Entah apa mereka cakap. Dentist malay tu mintak call pakar pula untuk decide apa nak buat.

pemeriksaan gigi geraham bongsu
masa ni dentist indian tengah call pakar

So keputusannya pemeriksaan gigi geraham bongsu hari ni adalah perlu di bedah juga. 2 batang gigi akan dibuang. Geraham yang tumbuh senget tu dan sebatang lagi geraham sebelah atas. Sebab kalau tak buang yang atas tu dia akan menurun ke bawah.

Bukan tu je sebenarnya ada masalah gusi juga. Yang mana katanya gusi tu dah semakin merosot. Tulang dah tak kuat. Untuk kes ni mereka akan refer kepada pakar gusi pulak untuk tengok apa boleh dibuat untuk masalah gusi tu. Gigi tu dah goyang sikit so mereka nak selamatkan juga.

Maka dapat la appointment untuk pembedahan kecil gigi geraham bongsu ni pada 23 Januari 2024. Lebih kurang 3 minggu dari sekarang. Perasaan? Of course takut dan berdebar. Walaupun pengalaman pertama tu dah 5 tahun berlalu tapi masih segar dalam ingatan.

Beberapa hari sebelum pembedahan perlu pergi buat scaling dulu kat Klinik Pergigian. Scaling ni pun ngeri sakit betul. Apa-apa melibatkan gigi memang seram la. Sebab tu kalau dah terlampau sakit baru serah diri.

pemeriksaan gigi geraham bongsu
kena pergi scaling dulu sebelum nak buat pembedahan


pemeriksaan gigi geraham bongsu
23 Januari 2024 tarikh pembedahan

Semoga semuanya berjalan dengan lancar. Perasaan takut tu banyak sebab dah alami dulu dan ada rasa fobia. Semoga berjaya dan takde apa-apa masalah.

14 comments:

  1. Oh U duduk Kuala Lipis rupa2nya.
    I love Kuala Lipis. Cantik panorama dia dan dpt beli tudung bawal yg agak berbaloi di sana. Hopefully dpt pegi lg nt. Aamiin.

    Buat rawatan gigi mmg sakit, tapi puas hati bila dpt hasilnya, terus hilang sakit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye memang orang Kuala Lipis. hihihhi. bandar kecil je. marilah datang lagi.

      Delete
  2. Kita sampai sekarang nervous kalau nak pegi cek gigi. Hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye memang pun. kalau dah tak tahan sangat baru serah diri. hihih

      Delete
  3. Nak jumpa dentist la paling seriau huhu ...
    Apapun semoga dipermudahkan segala urusan Cie 🤲

    ReplyDelete
    Replies
    1. tau takpe memang paling seram kalau sebut dentist.

      Delete
  4. Bila bab gigi ni selalu seriau bila mengingatkan sakit gigi. Tak tahan sungguh. Moga yang baik2 ajer ya....

    ReplyDelete
  5. Nampak agak nyaman dan tidak kelihtan ramai pesakit di Hospital Kuala Lipis :D
    Rindu nak ke Kuala Lipis lagi ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai je tu di kerusi belakang. Cie duk depan sekali senang nak snap pic 😬

      Delete
  6. semoga dipermudahkan operation nnt... apa je berkaitan gigi mst seram.. xtaulah kenapa kan

    ReplyDelete
  7. CR baru ni sakit gigi juga rasanya melibatkan gigi geraham bongsu jugak tapi takutt nak pergi jumpa doc. masa sakit cakap nak g, tapi bila esoknya okay terus cancel g. hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. better pergi je takut nanti effect lain pulak. pejam mata jela pi serah diri tu. hihihi

      Delete