Sarapan Roti Canai - BLOG ROZIAH @ CIE

Saturday 6 January 2024

Sarapan Roti Canai

Sarapan Roti Canai

Hujung minggu memang jarang la masak. Cari makan luar je senang. Tak payah pening-pening nak fikir apa nak masak. Pergi kedai order je nak makan apa ikut selera masing-masing.

Kakak Raisha ada kelas tambahan UPKK KAFA. Lagi beberapa minggu je dah nak exam UPKK tu yang kelas tambahan banyak. Kelas dia bermula 8.30am hari ni tu yang makan kat kedai jela senang. Kedai roti canai ni pun dalam taman ni je.


Hari ni ibu dan kakak makan roti canai kosong. Adik Rania macam biasa la roti canai sarang burung. Sejenis tak makan telur kuning. Ibu la tukang makan telur kuning dia tu.


Sarapan Roti Canai

Kat kedai ni sambal nasi lemak dia sedap. Memang susah la nak cari sambal sedap macam ni. Boleh kata setiap minggu la makan sini kalau malas masak dan malas nak keluar dari taman. Kedai dia memang sentiasa penuh ramai customer pagi-pagi.


Makan roti canai Cie lebih suka makan dengan sambal tumis ikan bilis tu. Tambahan pulak sambal dia memang sedap. Roti canai pulak lembut dan garing sikit memang ngam. Cicah sikit kuah kari tu. Memang rasa tak cukup sekeping. Hahaha.


Babahnya pulak makan nasi lemak ayam. 

Sarapan Roti Canai
sambal tu terpaling sedap

Tak kedekut sambal pulak tu. Banyak dia bagi. Cie pun kekadang mintak sambal untuk makan dengan roti canai. Kalau dia bagi sambal lebih memang ratah je sedap.


Kedai ni kat Taman Emas Kuala Lipis. Memang terkenal jugak ramai je orang dari taman lain datang makan sini. Sebelum ni mereka buka kedai sebelah dengan IPG Tengku Ampuan Afzan tu. Sekarang dah pindah ke Taman Emas.


Ada menu lain juga Cie selalu order lontong. Senang nak makan lontong tak payah tunggu raya. Cie memang suka lontong. Kalau nak makan tu tak berbaloi nak masak sendiri. 3 beranak tu tak suka sangat lontong. 


8 comments:

  1. Sambal bilis tu dalam gmbr pun dah nmpk sedap...
    Semoga anak kita diterangkan hati dan mengingati apa yang telah dipelajari.. Aaamin

    ReplyDelete
  2. Wah..roti canai kampung style..sedapnyaaaaa....

    ReplyDelete
  3. Memang terserlah kesedapan sambal nasi lemak tu, memancar2 dlm gambar.

    Mkn kat hotel K.Lipis tu ari pun nasi lemak dia agak sedap, ini kn lg air tgn org perseorangan, mesti berganda2 lagi.


    ReplyDelete
    Replies
    1. oh pernah stay hotel kat lipis ye. selalu pun hotel area lipis ni ambil nasi lemak orang tempatan jugak.

      Delete
  4. Cantiknya roti canai sarang telur tu.
    Sambal nasi lemak nampak menyelerakan!

    ReplyDelete