Anjung Selera Alamanda Lipis - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Saturday 10 February 2024

Anjung Selera Alamanda Lipis

 Kompleks Alamanda Kuala Lipis

Anjung Selera Alamanda Lipis

Alamanda bukan kat Putrajaya je tau. Kat Kuala Lipis pun ada Alamanda. Dulu diberi nama Kompleks Alamanda. Sekarang ni namanya dah diberi nafas baru dengan nama Anjung Selera Alamanda.


Anjung Selera Alamanda Lipis
bawa baby H keluar malam-malam


Anjung Selera Alamanda Lipis
semua kerusi meja baru. nampak meriah je dengan lampu-lampu



Memang sangat cantik dah diletakkan dengan meja dan kerusi baru. Dihiasi dengan lampu yang cantik. Waktu malam memang meriah la kat sini. Dulu kat sini memang food court. Lepas tu dibuka Klinik 1 Malaysia. Bila bertukar kerajaan klinik tersebut dah ditutup. Ada la 1-2 saja kedai makan. Yang masih ada hingga sekarang My Papa's Cooking yang menjual nasi goreng ayam sangat sedap. Menu lain pun ada tapi kami tak pernah order. Cuma makan nasi goreng ayam je.

Anjung Selera Alamanda Lipis


Anjung Selera Alamanda Lipis


Anjung Selera Alamanda Lipis


Anjung Selera Alamanda Lipis

Malam tadi off kitchen. Anak-anak nak makan luar. Selalunya Jumaat beli makanan pasar malam tapi sebab dah jemu taktau nak beli apa tu yang anak-anak ajak makan luar. Lama dah tak makan nasi goreng ayam My Papa's Cooking Alamanda Lipis ni. Nasi goreng dia tak pernah tak sedap.


Bahan nasi goreng tu simple je tapi rasa tu memang cukup serba serbi la. Ada ayam goreng tepung kot garing je. Lepas tu ada timun dan cili potong. Dalam nasi tu pulak ada telur, isi ayam, daun bawang. 


Anjung Selera Alamanda Lipis


Anjung Selera Alamanda Lipis


Anjung Selera Alamanda Lipis


Kalau ke Kompleks Alamanda ni memang makan nasi goreng ayam ni je. Dulu-dulu ada jugak kedai nasi campur, kedai masakan panas, kedai nasi ayam. Semua macam tak bertahan kot. Yela dulu food court yang kerusi pun macam nak tercabut. Banyak najis burung. Memang tak selera orang nak makan. 


Sekarang dah bertambah cantik. Semoga berkekalan la nafas baru Anjung Selera Alamanda Lipis ni. Nampak sedap la mata memandang bila ada orang luar berkunjung ke Kuala Lipis. Boleh tengok keretapi lalu. Bersebelahan je dengan landasan keretapi. Seberang sana pulak dah ada Superbowl pusat bowling pertama di Kuala Lipis. Maju la dah sikit sekarang. Hihihi

Anjung Selera Alamanda Lipis




6 comments:

  1. Menarik juga bandar/pekan Kuala Lipis ye ...PH belum pernah sampai, cuma lalu Lipis utk ke Kelantan

    ReplyDelete
  2. Gah nampak papan tanda dia tu, cantik!

    ReplyDelete
  3. bila dah upgrade bagi keselesaan pengunjung ke sini , lagi bertambah ramai la pelanggan yg akan datang kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye kalau terus kekalkan macam tu memang ramai orang akan datang.

      Delete