Lobak Masin Goreng - BLOG ROZIAH @ CIE

Friday 2 February 2024

Lobak Masin Goreng

 

Lobak Masin Goreng


Lobak Masin Goreng ni antara menu yang sedap di makan dengan nasi panas-panas. Tak payah lauk lain dah. Makan ni pun je dah cukup. Teringat waktu kecil dulu waktu sahur makan menu ni pun dah cukup.


Nak buat Lobak Masin Goreng ni pun tersangat la senang. Lobak masin tu kena potong kecil-kecil. Rendam kejap sebelum goreng. Nak hilangkan masin tu. Tapi kalau tak rendam pun boleh je.


Bahan Lobak Masin Goreng

Lobak masin
Ikan bilis
Bawang besar - hiris
Cili padi - hiris
Minyak masak

Cara Membuat Lobak Masin Goreng

  1. Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing. Angkat dan ketepikan.
  2. Guna minyak yang sama gorengkan lobak, bawang besar dan cili padi sampai garing.
  3. Angkat dan gaulkan dengan ikan bilis.

Dah siap dah memang senang je nak buat. Menu paling simple. Kalau takde idea nak masak apa tu boleh la masak yang ni je. Cie memang standby je lobak masin tu kat rumah ni. Bila-bila rasa nak makan tu terus boleh buat.

16 comments:

  1. Aduhai....! Ini lauk kegemaran arwah ayahanda Kak Amie. Lonak masin, ikan bilis goreng, tambah kacang tanah goreng. Makan dengan nasi. Sedap sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh tambah kacang ye. Best jugak tu. Boleh try nanti.

      Delete
  2. Betul, makan lauk ni je pun boleh bertambah nasi.

    ReplyDelete
  3. Boleh cuba nie... Linda makan lobak masin nie letak dalam bihun sup @ bubur nasi je.. Lepas tu, tahuk lah dalam peti sejuk tu smpai expired.. Hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah biasa orang makan dengan bubur nasi dan bihun sup utara.

      Delete
  4. xpernah makan ni, boleh dicuba nanti..

    ReplyDelete
  5. Lobak masin goreng ni tak pernah masak dan tak pernah makan....mesti sedap ni....

    ReplyDelete
  6. Boleh cuba menu ni ..eh kalau makan dengan bubur nasi pun sedap jugak kan ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye makan dengan bubur nasi sedap. biasa kat hotel ada dorg cincang2 lobak masin tu.

      Delete