Jamuan Raya HKLP 2024 - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Thursday 2 May 2024

Jamuan Raya HKLP 2024

Hari ni Jamuan Raya peringkat hospital pulak. Tahun ni lain sikit tak macam tahun lepas-lepas lebih meriah dengan pertandingan deco booth tercantik. Tahun lepas paling gempak dan team Cie menang dapat tempat kedua.

Tahun ni mereka buat simple je takde pertandingan dah. Cuma pembahagian menu je mengikut unit yang ditetapkan. Beberapa tahun  sebelum ni kami setiap tahun kena buat air. Tahun ni kena buat roti jala dan kuah kari.

Jamuan Raya HKLP 2024


Hospital bagi duit dan kami perlu sediakan roti jala. Ada 1 bekas katerer bagi. Yang lain-lain tu team kami la sediakan.

Cie tak bergambar pun kat booth raya yang pihak urusetia tu sediakan. Takde mood nak bergambar. Tengok orang lain kemain berposing bagai. Kita duk tapi jela jaga booth roti jala. Hihi.

Jamuan Raya HKLP 2024
Ni la tukang menjala team kami. Hihi



Tak sampai sejam habis dah roti jala boleh tutup kedai awal. Settle dah habis roti jala baru la kami mencari makan. Banyak je booth makanan tapi tu la sejenis tak reti nak makan semua makanan. Cuma makan mee dan bihun sup, bubur jagung, roti jala 2 keping. Tu jela.

Nasi minyak, ayam masak merah, acar pun Cie tak ambil. Banyak dah makan nasi minyak sepanjang raya ni. Booth lemang dan rendang sebelah booth kami pun Cie tak ambil. Laksa, nasi impit kuah kacang, lontong, sate, aneka dessert. 

Perut kecik tak boleh nak makan banyak-banyak. Makan tu je pun dah kenyang. Tengok orang lain makan bersungguh betul. Hihi

4 comments:

  1. kann..saya pun jenis tak reti nak makan macam macam... makan satu dua jenis je... rasa tak boleh masuk makanan lagi dah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama la kita. Setakat 1-2 jenis je boleh masuk walaupun sikit2 je.

      Delete
  2. Menjala sendiri atau tempah tu roti jalanya.. nampak ada pelbagai version.

    ReplyDelete