Nasi Goreng Kampung Dan Sate Pencawang - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Monday 19 August 2024

Nasi Goreng Kampung Dan Sate Pencawang

Balik dari Kursus Stor di HOSHAS tadi dah pukul 7 malam sampai hospital. Drive balik rumah tadi sampai 7.15 malam memang tak masak la dah. Husband beli bungkus je nasi goreng kampung dan sate pencawang.

Nasi Goreng Kampung Dan Sate Pencawang

Semalam dah request nak makan sate tapi hari Ahad nasi goreng kampung dan sate pencawang tu tutup. Husband beli makanan kat kedai lain. Cie tak makan kononnya kecewa tak dapat makan sate. Hahaha. Padahal jemu dah makan nasi goreng kedai sampai taktau nak order apa. 

Nasi Goreng Kampung Dan Sate Pencawang

Nasi Goreng Kampung Dan Sate Pencawang

Sudahnya ku rela shake ESP dan Cinch Shake Chocolate je memang kenyang jugak. Anak-anak ajak makan nasi goreng kampung jugak husband beli semalam Cie taknak dah kenyang minum shake. Anak-anak dan suami jela makan.

Malam ni kedai pencawang tu dah buka husband penuhilah permintaan si isteri nak makan sate. Dah lama tak makan sate. Hanya nasi goreng kampung dan sate pencawang je memenuhi selera kami.

Nasi goreng kampung kat pencawang ni lain dari yang lain. Biasa nasi goreng kampung letak kangkung kan tapi kat situ mereka letak pucuk paku. Bahan pun simple je rasanya mereka tumbuk ikan bilis dan cili padi je kot. Ada la agaknya bawang sikit. Simple gitu pun sedap ye. 

Tempat ni famous dengan nama kedai pencawang sebab kedainya betul-betul sebelah pencawang TNB tu. Tu la dipanggil sate pencawang. Nasi goreng kampung dan sate pencawang ni memang sedap. Kedainya tepi jalan je.

8 comments:

  1. Alhamdulilah. Dua-duanya sedap.

    ReplyDelete
  2. satay tu tengok dari gambar dna kuah dia akak tau memang sedap...

    ReplyDelete
  3. Dua dua menu ni semua sedap! Kdg naik bosan dah

    ReplyDelete
  4. Sate nampak sedap, sebab sate memang favorite kami. Nasi goreng letak pucuk paku wahhh memang sedap lah.

    ReplyDelete
  5. Akk pun dah lama tak makan sate...
    Sedap tu nasi goreng masak style kampung gitu... Arwah Mak dulu pun guna bahan² simple dan sikit je kuantitinya tapi hasilnya wow! Airtangan mak sama kan...

    ReplyDelete