Minggu lepas 11 September 2024 hari Rabu Cie menghadiri seminar di Kuala Terengganu Seminar Food Waste Management. Cie menginap di Permai Hotel Kuala Terengganu. Cie bertolak ke Kuala Terengganu pada 10 September.
Seminar bermula 9 pagi pada 11 September. Seminar ni anjuran Radicare dan Jabatan Kesihatan Negeri Pahang berkenaan dengan Food Waste Management. Pengurusan sisa makanan di dapur hospital. Program baru kerjasama antara Kementerian Kesihatan dan pihak konsesi iaitu Radicare (M) Sdn. Bhd. Juga di bawah Sustainability Programme.
Sebelum ni Sustainability Programme sudah dijalankan beberapa tahun yang melibatkan 3R Reduce, Reuse, Recycle. Kotak, kertas, botol dikumpulkan dan dijual kepada vendor dan duit hasilnya dimasukkan ke akaun kerajaan. Sekarang mereka nak buat pengurusan sisa makanan pula tetapi tidak mendapat hasil la. Sisa makanan yang diasingkan tersebut diberikan kepada sesiapa yang nak. Boleh ambil je untuk bagi makan haiwan ternakan dan sebagainya.
Sebelah pagi tu ada sesi ceramah dari pihak luar. Cie lupa pulak nak snap gambar penceramah tu. Kelakar dan happy go lucky. Tak sempat la mengantuk dengar dia punya talk. Orang Penang tapi muka ala chinese. Katanya ada mix chinese. Haji Zul namanya kalau tak silap la. Memang hebat orangnya. Merata dah dia bagi talk berkenaan dengan Food Waste Management tu.
Banyak yang kita boleh buat untuk pengurusan sisa makanan ni. Antaranya baja kompos, fabrik, makanan haiwan dan banyak lagi la. Ada la proses pembuatan tu. Kos mesin pun boleh tahan harganya. Ada juga yang tak melibatkan kos sangat tapi memerlukan tempat yang luas.
Malaysia merupakan negara yang paling tinggi membuang sisa makanan. Industri perhotelan dan hospital yang paling banyak menyumbang kepada data pembuangan sisa makanan ni. Hotel selalu ada buffet kan lepas tu ambil makanan banyak-banyak tak habis dah kena buang. Hospital pulak ramai pesakit takde selera makan so makanan pun dibuang.
So objektif program ni nak do something untuk sisa makanan yang dibuang tu. Supaya dapat menghasilkan income kembali. Serta dapat menyelamatkan dari pencemaran bumi. Begitulah lebih kurang. Tak pandai juga nak ceritakan.
Sisa makanan tu perlu diasingkan. Ada 2 jenis kalau kat dapur hospital. Kitchen Waste dan Food Waste. Kitchen Waste adalah sisa bahan yang dibuang sebelum makanan dimasak seperti batang sayur, kulit buah-buahan dan sebagainya. Food Waste pula adalah sisa makanan yang tidak habis dimakan.
Macam sebelum ni semua kita buang kat rumah sampah je. Lepas tu pihak Alam Flora akan bawa ke tempat pengumpulan sampah. Kat situ la semua sampah-sampah termasuk sisa makanan dibuang. Macam di hospital Cie sejak awal tahun ni memang dah ada vendor iaitu penternak lembu yang ambil sisa makanan tu diberikan kepada lembu ternakan.
Sehari jugak la Seminar Food Waste Management ni bermula 9 pagi dan berakhir pada pukul 4.30 petang. Haji Zul tu bagi talk dari 9 pagi hingga 3 lebih je. Lepas tu team Radicare pulak baru briefing tentang program Food Waste ni pulak. Tak mengantuk pun bila dapat speaker pandai entertain audience ni. Asyik gelak sampai berair mata kami dibuatnya. Suka bagi teka teki tentang telur. Hahahah. Cie letak nama dia Haji telur je. Lupa nama.
Haji telur tu suka bagi soalan. Siapa dapat jawab beliau akan bagi gold coin coklat coin zaman kecik-kecik dulu suka la makan. Kena kumpul banyak-banyak. Di akhir sesi haji telur bagi hadiah. Ada la 3 orang yang berjaya kumpul paling banyak. Rajin betul menjawab soalan. Cie dapat 1 je tu pun masa tu haji tu bagi peluang semua jawab serentak dan semua kena angkat tangan. Hahaha. Kalau tak rasana Cie la antara yang takde coin.
Seharian seminar makanan disediakan. Dari minum pagi, makan tengahari dan minum petang. Minum petang je Cie tak ambil dah terlalu kenyang asyik makan je seharian.
Best Seminar Food Waste Management ni sebab dapat ilmu baru. Peserta seminar pun bercampur dengan wakil Sajian, Kejuruteraan, wakil Pengurusan dan juga ahli jawatankuasa Sustainability Programme. Hospital Cie diwakili oleh Cie wakil Jabatan Dietetik dan Sajian, EO Tarmizi wakil pengurusan, Mr Mou wakil Jurutera dan Matron Noraini wakil jawatankuasa Sustainability Programme. Tak semua hospital la yang hantar wakil hanya hospital dibawah pengurusan Radicare sahaja.
Macam2 kena buat n belajar.. Untuk nak jaga kebersihan dan keselamatan...
ReplyDeleteoo.. bagus betullah kalau ada vendor ambil sisa makanan untuk ternakan. Tak tau perlu diproses semula atau tak ya kotlah lembu tertelan tulang ayam atau ikan.
ReplyDeletebila cakap malaysia antara negara paling tinggi pembuangan sisa makanan, sy terus teringat bulan ramadan dan bazar ramadan... masa tu... aduhhh x nak fikir laa...
ReplyDelete