7 Tips Kempiskan Perut
Masalah perut buncit dan menggeleber menjadi igauan ngeri bagi para wanita selepas bersalin. Mula merasa rendah diri apabila melihat keadaan perut yang banyak meninggalkan parut rekahan dan bentuk yang menggeleber.
Jangan risau ye para ibu-ibu. Ada banyak cara yang boleh dilakukan untuk mendapatkan kembali perut kempis persis anak dara atau sekurang-kurangnya tidak buncit seperti wanita hamil. Jika ibu-ibu berdisiplin dan ada kemahuan yang tinggi untuk mendapatkan kembali perut kempis. Nak tau apa caranya? Nampak mudah tapi nak lakukan secara konsisten memang susah.
Menyusukan Bayi Sepenuhnya
Penyusuan susu ibu sangat membantu mengembalikan perut kempis si ibu. Selain khasiatnya yang banyak kebaikan kepada bayi. Menyusukan bayi juga dapat mempercepatkan proses pengecutan rahim dan membakar 200 hingga 600 kalori sehari.
Berbengkung Dalam Pantang
Part berbengkung nih memang ramai ibu malas hendak pakai ketika pantang kerana leceh dan merimaskan. Tetapi kerana kesukaran itulah anda boleh dapatkan kembali perut yang kempis. Oleh itu ibu-ibu jangan culas untuk berbengkung sepanjang tempoh berpantang. Tetapi perlu pakai bengkung dengan cara yang betul supaya tidak memudaratkan.
Bertungku dan Bertangas
Amalan tradisional yang semakin jarang dilakukan oleh ibu selepas bersalin walhal ia sangat penting untuk memecahkan darah beku, memecahkan lemak dan mengurangkan bengkak dalam rahim serta mengecutkan peranakan. Bertangas pula dapat memecahkan lemak, angin dan air berlebihan dalam badan yang ada sepanjang mengandung.
Jaga Makan
Pemakanan memainkan peranan yang penting yang perlu dijaga. Jangan terlalu mengikut selera dan nafsu makan sehingga sukar dikawal. Ibu menyusu tidak digalakkan berdiet secara berlebihan serta tidak boleh makan secara berlebihan. Pastikan pengambilan makanan yang berkhasiat serta seimbang bagi membekalkan nutrien yang seimbang kepada bayi dan dalam masa yang sama dapat mengelakkan masalah perut buncit dan menggeleber. Pengambilan makanan berminyak dan berlemak perlu dikurangkan sebaliknya digantikan dengan pengambilan makanan berprotein secukupnya bagi membina kembali otot. Banyakkan makan makanan yang membakar lemak seperti oat, kekacang, bayam dan salmon.
Jangan Lupa Bersenam
Aktiviti senaman memang tidak dinafikan lagi dapat juga menyelesaikan masalah perut buncit. Lakukan juga senaman kardiovaskular dan abdomen bagi membantu mengempiskan perut. Pastikan anda memgamalkan senaman yang khusus untuk membentuk perut daripada jurulatih yang diiktiraf. Untuk mendapatkan kesan yang dikehendaki ia perlu dilakukan secara konsisten.
Hati-hati Dengan Postur Badan
Pergerakan setiap hari anda juga jangan dipandang remeh. Kebanyakan ibu selepas bersalin memang kurang prihatin terhadap postur badan ketika berjalan, duduk, mengangkat barang. Postur yang tidak betul turut menyumbang kepada masalah perut buncit dan menggeleber.
Jom Detoks
Bahan-bahan semulajadi merupakan kaedah detoksifikasi yang turut membantu mendapatkan perut yang kempis. Lebihan toksin yang berkumpul didalam badan terutama bahagian perut perlu dikeluarkan. Amalkan proses detoksifikasi secara konsisten untuk membuang toksin didalam badan terutama sekali dibahagian perut. Boleh detoks dengan AIR DETOKS atau AGEN DETOKSIFIKASI TERBAIK.
Jika berminat nak mencuba sendiri PRODUK SHAKLEE boleh hubungi saya:
Pengedar Shaklee Kuala Lipis dan Seluruh Malaysia
Roziah Muhammad Nor
Double SR Enterprise ( CT 0028861-M )
ID: 890962
Facebook: Roziah Muhammad Nor
Facebook Page: Tips Kurus, Cantik dan Sihat
Instagram: syafiyahvitashoppe
Emel: syafiyahvitashoppe@yahoo.com
0129755310 (whatsapp/wechat/telegram)
Salam.. Singgah sini sambil baca entry.. Come visit my site http://sayeshukepink.blogspot.com/
ReplyDelete