NAZA KIA Service Centre Setapak - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Rabu, 20 Mei 2015

NAZA KIA Service Centre Setapak

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Beberapa bulan yang lepas encik suami bawak pergi service kereta cerato kami kat NAZA KIA Service Centre di Setapak. Pergi balik hari je. Bertolak pagi dari Lipis. Memang selesa la kat situ kalau nak datang dengan family. Ruang menunggu sangat luas dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan.

Luas kan boleh main ping pong

Staff cleaner duk layan cerita hindustan. Huhu


Amboi bukan main lagi hangpa berdua

Kakak dan adik baca magazine


Anak-anak pun teruja main-main kat situ. Kawasan luas jadi bila takde orang bertambah la luas 2 beradik tuh nak main-main. Kebetulan pulak adik baru je dapat kaki. 1 kawasan tuh la dia explore.

Alhamdulillah ada juga disediakan ruang solat

Cantik bilik air mereka

Dinding pun cantik. Hihi


Tempat solat pun ada disediakan so selesa la sementara nak tunggu kereta servis boleh la menunaikan solat. Kerusi urut pun ada tapi kena masuk duit. Sempat la jugak daku duk mengurut. Best jugak rasa.

Masuk duit then baru kita diurut

Syok wooo duduk atas kerusi urut nih


Disebelah kiri disediakan coffee maker

Ruang bacaan kanak-kanak

Ruang bacaan dewasa


Kemudahan tempat bancuh air pun ada. Mereka sediakan coffee maker. Senang bancuh sendiri je. Kemudahan ruang bacaan, ruang menunggu disediakan sofa, televisyen. Sementara nak tunggu kereta siap boleh la berehat. Cuma satu je air cond kurang sejuk. Huhu.

Dekat sejam jugak la baru siap kereta. Tak terasa je sebab duk melayan si kecik 2 orang nih. Sedar-sedar je kereta dah siap. Ok dah boleh balik.




Jika berminat nak mencuba sendiri PRODUK SHAKLEE boleh hubungi saya:

Pengedar Shaklee Kuala Lipis dan Seluruh Malaysia
Roziah Muhammad Nor
Double SR Enterprise ( CT 0028861-M )
ID: 890962
Facebook Page: Petua Nak Kurus
Instagram: ROZIAH_MUHAMMAD_NOR
Emel: syafiyahvitashoppe@yahoo.com
0129755310 (whatsapp/wechat/sms)

Daftar Keahlian Sila Isi: BORANG KEAHLIAN SHAKLEE

1 ulasan: