SITI SARAH RAISSUDDIN MENINGGAL DUNIA AKIBAT JANGKITAN COVID-19
9 Ogos 2021 ramai menangisi pemergian Siti Sarah Raissuddin akibat terkena jangkitan Covid-19. Lebih menyedihkan Sarah meninggalkan seorang bayi lelaki yang selamat dilahirkan melalui pembedahan tanpa sedar pada 6 Ogos 2021. Bayi tersebut masih belum kenal siapa ibunya dan tak sempat nak merasa susu ibunya.
Cie ni bukan la peminat artis dan tak follow pun kat media sosial tapi sejak dapat tau Siti Sarah dikejarkan ke hospital sebab paras oksigen semakin menurun Cie rasa nak tau perkembangan mereka melalui Instagram. Setiap hari tengok Instagram Shuib Sepahtu nak tau perkembangan Siti Sarah. Memang rasa sedih sebab Siti Sarah tengah mengandung dan ada anak-anak yang masih kecil.
Terbayangkan kalau ujian ini terjadi pada diri sendiri. Macam mana dengan anak-anak. Macam-macam la yang bermain difikiran.
Malam 8 Ogos tu dah dapat tau Siti Sarah sedang nazak menurut Shuib bacaan oksigen Siti Sarah hanya 40% sahaja. Macam-macam bermain di fikiran ni. Teringat la kat ayah dulu pun oksigen semakin lama semakin drop. Hanya berdoa semoga Siti Sarah dapat kembali pulih.
Tapi Allah lebih menyayangi beliau. Allah terlalu sayangkan Siti Sarah. Allah ambil nyawa Siti Sarah disaat bertarung nyawa melawan virus Covid-19. Meninggal asbab terkena jangkitan penyakit berjangkit dan juga melahirkan anak. InsyaAllah syahid. Hebatnya insan bernama Siti Sarah Raissuddin.
Hanya insan biasa. Bukan ustazah, bukan ahli agama tapi Allah pilih beliau. Apa amalan yang dilakukan oleh beliau sehingga begitu indah pengakhiran hidup beliau. Selepas beliau dah tiada satu persatu segala amalan yang dilakukannya selama hidupnya terbuka. Siti Sarah Raissuddin seorang dermawan rupanya. Tidak berkira membantu sesiapa sahaja.
9 Ogos lebih kurang jam 6 petang waktu Cie tengah mengadap laptop nak siapkan E-BOOK team bisnes masuk notification Instagram kat handphone Shuib live di Instagram beliau Cie terus klik dan tengok. Sambil masak Cie tengok dan dengar perkongsian dari Shuib. Terlalu banyak pengajaran yang beliau kongsikan yang kita semua boleh jadikan pengajaran berguna.
Juga seorang wanita yang sangat taat kepada suaminya. Seorang wanita yang sangat menghormati suaminya. Seorang wanita yang mendapat redha suaminya. Menerima suaminya seadanya. Tidak pernah berkira dengan suaminya. Seorang ibu yang sangat penyayang terhadap anak-anaknya. Allahuakhbar sungguh hebat kamu Siti Sarah Raissuddin.
Cie ingatkan nak tengok semula sebelah malam. Tapi rasanya Shuib dah delete. Sebab sebelum tu Cie masih boleh share ke story. Bila klik semula dah takde. Shuib share kat Youtube beliau. So boleh la tengok semula nanti. Banyak yang Shuib kongsikan. Sungguh mulia keperibadian insan yang bernama Siti Sarah Raissuddin.
ANTARA PERKONGSIAN DARI SHUIB SEPAHTU YANG BOLEH DIJADIKAN PENGAJARAN
- Jangan berkira-kira dengan duit. Orang yang asyik berkira dengan duit Allah akan bantutkan rezekinya. Apabila kita berkira dengan duit, kita akan berkira dengan sedekah kita. Allah takkan berkira berikan rezeki kepada kita kalau kita tak berkira untuk sedekah.
- Jadilah sebaik-baik isteri, taat kepada suami, buat sehabis baik untuk suami kerana kebahagiaan rumahtangga, ekonomi sesebuah rumahtangga bergantung juga kepada seorang isteri. Kalau isteri luar biasa hebat, jangan risau dengan rezeki keluarga. Jangan risau kepada keamanan rumahtangga. Allah turunkan keceriaan, kebahagiaan dalam rumahtangga. Jadilah seorang isteri yang mulia, yang baik barulah suami boleh menjadi suami yang baik.
- Baca surah Al-Waqiah setiap pagi untuk dijauhi daripada kepapaan.
- Ambil la vaksin Covid-19. Sekurang-kurangnya dengan vaksin mungkin dapat membantu kita. Covid menjangkiti terlalu cepat.
- Jaga kesihatan. Makan vitamin untuk kuatkan sistem imun kita. Kalau ada duit beli lah vitamin yang bagus. Kalau kurang duit makan la tumbuh-tumbuhan yang boleh kuatkan imun.
- Jangan keluar rumah. Pakai mask. Jaga SOP.
- Kalau yang dah terkena jangkitan Covid-19, kat setiap rumah mesti kena ada oximeter. Oximeter untuk check oksigen dalam badan. Bacaan 96% ke atas. Kalau oksigen semakin turun terus ke hospital.
- Doa semoga Allah lindung kita, berkati keluarga kita.
- Bila jadi suami, suami adalah ketua keluarga. Macam mana nak tunjuk suami adalah ketua keluarga? Kena jadi imam dan solat jemaah. Baru isteri rasa suami adalah ketua duk depan. Hidupkan sunnah, baca hadis, berkasih sayang dengan pasangan.
Perkongsian yang sangat memberi manfaat dan boleh dijadikan pengajaran buat kita semua. Semoga roh Siti Sarah Raissuddin dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan