22 Ramadan 1445H
Semakin penghujung Ramadan semakin malas betul la nak memasak. Takde idea pun ye jugak. Hari-hari memasak memang kering idea. Setakat ni takde berbuka kat luar ataupun beli lauk pauk bazar lagi. Walaupun takde idea masak la jugak.
Hari ni memang simple je menu berbuka 22 Ramadan. Kebetulan masa balik kampung weekend hari tu terawih kat masjid kampung. Jumpa sedara dia bagi gulai masam tempoyak patin 2 ketul. Balik rumah lepas terawih ratah je seketul. Seketul lagi simpan kat freezer. Gulai tu ada terung, belimbing buluh hidup, daun kesum. Tahap kepedasan pun boleh tahan.
Tadi keluarkan gulai tu. Asingkan kuah dengan isi. Kuah tu masuk kuali tambah air, tempoyak, daun kesum, belimbing dan garam. Masuk ikan keli beberapa ketul, ikan apa entah ada 2 ketul kakak bagi. Jadi la gulai. Senang kerja hari ni.
Ada sotong sikit beli weekend hari tu buat sotong goreng tepung bestari. Ulam timun je malas nak masak sayur. Kalau dah malas tak boleh buat apa la.
Tadi lalu kat kedai takoyaki sedap tu buka Cie pun singgah la beli. Dari minggu lepas duk lalu situ asyik tutup je. Rezeki tadi buka pulak hari ni.
Alhamdulillah rezeki hari ni. Seminggu je lagi nak masuk bulan Syawal. Tak sangka jugak Cie dapat update menu berbuka setiap hari. Gigih jugak kali ni. Hihihi
Wah, sedapnya gulai tempoyak tambah ikan keli.
ReplyDeleteTakoyaki itu pun menggoda! Makan berketul-ketul baru puas.
Ye selalu beli yang large 12pcs tapi sebab puasa ni dah kenyang makan macam2 beli 2pcs jela.
DeleteSedap tengok takoyaki tue .
ReplyDeleteYe takoyaki dia terpaling sedap kat Lipis ni.
Deletetakoyaki fav ank..dia sorg bole mkn 10 biji
ReplyDeleteSama la anak2 Cie pun suka. Biasa beli yang 12pcs tu kejap je habis.
DeleteBaru makan takoyaki juga masa berbuka. Sedap....dulu tak reti nak makan. Bila dah makan tersuka pula.
ReplyDeleteSama la dulu mula2 tak reti juga makan. Bila dah try sedap rupanya.
DeleteBetul, hujung² ni mood masak dah ke laut, ganti dgn mood balik kampung pulak 😅
ReplyDeleteSedapnya masak Asam tempoyak tu ...
Tu la mood malas masak tu membuak2 je dah. Hihih
DeleteHaah kan ikan keli masak tempoyak pun sedap...nak request la minggu ni
ReplyDeleteye sedap keli tempoyak.
Delete