23 Ramadan 1445H
Semakin hampir ke penghujung Ramadan dah. Idea nak masak menu berbuka pun dah kering. Taktau dah nak masak apa. 6 hari je lagi nak raya. Persiapan raya pun biasa je takde meriah sangat. Cuti raya pun tak ambil awal. Banyak kerja menimbun nak cuti pun takde mood.
Menu berbuka 23 Ramadan Cie masak nasi lemak sambal udang. Ada ikan bilis goreng, telur rebus dan timun. Tak dilupakan keropok goreng. Cie memang suka makan nasi lemak dengan keropok.
Hari ni berbuka 3 beranak je. Babahnya berbuka kat luar dengan kawan kerja. Tu yang nasi sikit je tu. Alhamdulillah semua habis takde membazir. Anak-anak makan nasi bertambah-tambah sedap sangat nasi lemak ibu. Hihi
Alhamdulillah rezeki hari ni. Tadi pun bos ada bagi kuih buah melaka dia beli kat bazar ramadan hospital. Comel je kuihnya 8 biji. Nampak comel tapi takde sangat rasa gula melaka tu. Secoet je letak kot. Tu yang tak suka kuih beli ni. Selalunya tak sedap.
Tahun ni Cie takde buat kuih buah melaka. Selalunya buat sendiri baru puas makan. Hujung minggu je ada masa nak buat kuih pun.
Sedapnya nasi lemak
ReplyDeletealhamdulillah sedap :)
DeleteSedap sambal udang tu.. Mcm nak buat nasi lemak jugak lah esok...
ReplyDeleteLinda pun amik cuti ry hr jumaat je shri
aah Cie pun cuti raya jumaat tu je dan sambung sampai isnin tu sesaja ambil.
Deletebila dh ujung2 gitu la kan...sedap tu nasi lemak lauk sambal udang
ReplyDeleteye anak2 suka sambal udang.
DeleteBulan puasa ni pun ada masak nasi lemak pandan. Buat sambal sotong.
ReplyDeletecie tak makan sotong tu buat udang. hihiihh
Deletesedapnye sambal udang.. lady pun dah kekeringan idea dan kemalasan melanda.. maka lady akn cr rumah kakak2 yg sgt ramai ni untuk berbuka di rumahnya.. :P.. hr ni ldy request kakak biras untuk berbuka di rumahnya.. Alhamdulillah settle untuk hari ini :D
ReplyDeletewahhh bagus idea tu berbuka rumah family. hihihi
DeletePH masak nasi lemak utk sahur Ahad lepas. Lama tak makan nasi lemak, teringin :)
ReplyDeletetu la bulan puasa kalau teringin masak sendiri jela.
DeleteNasi lemak menu kak SA Sabtu minggu lepas, kebetulan suami plak request kan...
ReplyDeletememang kena ada menu nasi lemak bulan puasa susah nak cari.
Delete