Menu Berbuka Puasa 21 Ramadan 1445H - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Monday 1 April 2024

Menu Berbuka Puasa 21 Ramadan 1445H

 21 Ramadan 1445H

Makin malas menu kita ye bila dah hampir penghujung. Hihihi. Sebenarnya bukan malas cuma taknak membazir. Kisahnya semalam menu berbuka puasa 20 ramadan Cie buat mi sup. Dah siap buat tiba-tiba ustazah KAFA adik Rania, guru kelas KAFA kakak masa darjah 5 datang rumah bagi bihun sup daging. Banyak pulak tu dia bagi. Dia balas Cie ada bagi kuih puteri ayu hari Sabtu tu. Jadi la 2 jenis menu berbuka semalam.

Tak habis mi sikit dan bihun banyak juga. Cie pun simpan la dalam fridge letak dalam bekas bertutup elok. So tadi balik kerja just gorengkan je semua yang tak habis semalam tu.

Menu Berbuka Puasa 21 Ramadan 1445H

Sedap betul makan bihun tu buat goreng. Walaupun bihun tu sebenarnya warna kuning. Hahaha. Elok je bila dah digoreng tu. Habis kami makan 3 beranak. Babahnya berbuka kat surau. Tu yang ok jela menu macam ni. Makan dengan keropok dan cili potong, perah limau sikit memang sedap.

Dari membazir terbuang tu kan boleh juga dijadikan makanan lain. Pastikan simpan betul-betul la dalam fridge tu supaya masih elok dan tak basi. Takut bakteria membiak pulak kan. Hopefully ok je semuanya.

8 comments:

  1. Bihun goreng nampak sedap . CCL kalau makan bihun goreng ni kena ada cili kicap . Lagi kick .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada cili potong tak hidang je dekat berbuka baru letak. Keropok keping pun ada. Memang 2 ni wajib ada la. Lepas tu ada limau perah masak nak makan. Hihi

      Delete
  2. hujung-hujung kalau boleh nak simple je kan.. penat masak pon ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takde idea jugak pun. Masak jela walaupun simple. Nak elak beli bazar.

      Delete
  3. PH pun hari ni perangat sup meatballs. Smlm berbuka PH masak Mi Sup ala² Cie tau ☺️ Tq share menu, teringin terus onz hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhh yeke dah buat mi sup tu 😬. Alhamdulillah walaupun simple bermanfaat juga. Terima kasih jugak sudi guna resipi Cie ☺️

      Delete
  4. Suka bihun goreng juga tapi bulan puasa ni dok buat mee goreng.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mi goreng, kietiau goreng, bihun goreng semua dah buat. Hihhi

      Delete