Susunatur kat dapur ni kena menarik baru la rajin nak masak dan memudahkan urusan nak gunakan bahan masak. Baru-baru ni Cie tukar bekas rempah. Cie beli Bekas Rempah Shopee Dan Kedai Eco.

Bekas rempah Shopee Cie beli awal bulan 5 hari tu. Saja try beli sekali sticker bekas rempah juga beli kat Shopee. Sticker tu dah siap-siap print ikut standard bahan masak kat dapur.

Bekas Rempah Shopee Dan Kedai Eco

Bila ada sticker tu senang la nak tau apa isi dalam tu kan. Kadang-kadang nampak sama je taktau yang mana 1. Bekas rempah Shopee tu Cie beli 10 biji tapi dah pecah 1 biji. Tinggal 9 biji je. Cukup la malas nak repeat dah.

Bekas Rempah Shopee Dan Kedai Eco
Bekas rempah Shopee


Kat kedai Eco pun ada bekas kaca macam tu lagi la ada pelbagai jenis. Rambang mata tengok. Size pun ada pelbagai jenis. Cie saja ambil 3 biji minggu lepas masa pergi kedai Eco. Kaca yang kedai Eco tu tebal juga nanti boleh la repeat beli lagi.

Bekas Rempah Shopee Dan Kedai Eco
Bekas rempah kedai Eco

Sebelum ni pakai yang plastik je beli kedai Eco juga. Saja jela sekarang ni nak ubah beli yang kaca pulak. Nampak la menarik. Kaca ni tahan lama juga kecuali pecah je.

Bila Bekas Rempah Shopee Dan Kedai Eco ni menarik dan tersusun je semangat sikit nak masak.