MyKori Kuala Lipis - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Sabtu, 16 November 2024

MyKori Kuala Lipis

Pertama kali masuk MyKori Kuala Lipis ni sejak dibuka. Lama dah pun buka tapi tak berkesempatan lagi nak makan kat sini. Ni pun kebetulan je decide nak makan kat MyKori Kuala Lipis ni.

Semalam husband whatsapp masa tengah kerja. Dia suruh pilih nak pergi makan kat The Chicken Rice Shop kat Raub atau naik Cameron Highlands. Husband nak belanja untuk birthday Cie this coming 19 November tapi celebrate awal la 19 tu jatuh hari kerja.

Cie kata nanti la tanya anak-anak. Kita selalu tanya anak-anak la walaupun memang untuk kita yang diraikan. Hihi. Anak-anak taknak pergi Cameron Highlands sebab dah bosan ke sana taktau nak jalan mana dah. Banyak kali sangat dah ke sana dari anak-anak kecil lagi.

Tu yang Cie cakap tadi kita makan kat MyKori Kuala Lipis jela sebab belum pernah pergi. So lepas Zohor tadi kami bersiap dan terus keluar makan. Mujur tak ramai sangat orang. Order makanan semua kat kaunter dan ambil makanan sendiri juga kat kaunter. Tapi cashier tu bagi kita menu dulu suruh tengok dan baru la order. Yela kan nak memilih order kang dah sekian tu yang dibagi menu suruh tengok dulu.

MyKori Kuala Lipis

Lepas order tunggu jela makanan sampai. Kat sini ada bingsu dan kek. So kena la order kek jugak nak celebrate birthday kan. Hihi. Anak-anak nak burnt cheese cake. Layan jela. Cheese dia memang betul-betul cheese ni. Rasa kaw cheese tu. Memang puas hati makan. Cuma tak burnt sangat la. Macam cheese cake biasa je.

MyKori Kuala Lipis

MyKori Kuala Lipis

MyKori Kuala Lipis

MyKori Kuala Lipis

MyKori Kuala Lipis

Air pulak Cie order peach tea dan mix berry tea. Rasa pekat jugak tea dia tu. Air ni ada dalam set ayam dan set burger. Lepas tu ada ramen dalam set jugak. Add on fries snow cheese. Sedap jugak fries kat MyKori Kuala Lipis ni tebal tapi rangup.

MyKori Kuala Lipis

MyKori Kuala Lipis

MyKori Kuala Lipis

MyKori Kuala Lipis

MyKori Kuala Lipis

MyKori Kuala Lipis

MyKori Kuala Lipis

Overall makanan kat MyKori Kuala Lipis semuanya sedap. Memang akan repeat lagi nanti try menu lain pulak. Patut la sentiasa ramai je orang makan kat sini.

Suasana kat sini pun sangat selesa. Kedai ada aircond. Ada juga tandas disediakan. Selesa la kita nak chill makan bersama keluarga dihujung minggu. Ada juga lagu-lagu melayu dimainkan. Kedai korea tapi lagu melayu ye. Hihi.

MyKori Kuala Lipis

MyKori Kuala Lipis

MyKori Kuala Lipis

MyKori Kuala Lipis

MyKori Kuala Lipis

MyKori Kuala Lipis






19 ulasan:

  1. Owh Mykori sekarang dah jual makanan berat. Dulu ada dessert-dessert je.
    Baguslah ada pelbagai menu, one stop centre.

    BalasPadam
  2. Alahaii anak2 lebih rela memilih makanan daripada jalan cameron yee 🤣 kalau saya tetap jelah repeat cameron tu walau dah pergi banyak kali pun.

    Mykori saya pernah pergi sekali je utk makan bingsu dia. Teringin jugak nak makan food kat situ. Ada nasi ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. dah terlalu banyak kali pi CH tu yang dah bosan. hihih. kami dekat je 2 jam camtu je. ada nasi korea tu la.

      Padam
  3. Akk belum pernah masuk MyKori .. Rasanya dekat sini ada... Nampak sedap pulak kek tu.
    Akk ni kalau CH tu, pantang diajak mesti onz la. Tapi itulah, husb pulak tak nak, malas hadap jam katanya 😅

    BalasPadam
    Balasan
    1. cie pun 1st time la ni masuk. sedap kek tu full rasa cheese. CH memang dengan jem berpisah tiada tu yang tak suka sangat ke sana.

      Padam
  4. Tak tahu ada kewujudan My Kori ni.. Insyallah bulan depan ada lagi kerja di Hospital Kuala Lipis boleh la lunch di sini.. Best sebab macam2 ada :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. oh yeke. cie kerja hosp. nanti pi la lunch kat mykori.

      Padam
  5. Dah lama Dania ajak ke sini cuma umminya tak pergi lagi la. Ada seleksi makanan berat juga ya....ingat kot cuma pemanis mulut je.

    BalasPadam
  6. dah jumpa byk kali dah mykori ni tp mcm biasa laa sy tak menyinggah... heheheh

    BalasPadam
  7. Dah lama akak x menciwi kat MyKori....kena pi jugak ni

    BalasPadam
  8. Memula baca tajuknya...saya baca My Carry...adoi...nampak naw tua🤣🤣
    Tapi kalau baca bulan puasa..kurus pahala ni🤭

    BalasPadam
  9. Kalo dah berbau Korean foods, sukaaa saya 😄😄😍. Apalagi fried chicken nya Korea tuh sedaaaap sangat memang. Rangup nya pas, seasoning pun sedap.

    BalasPadam