Kami adakan Annual Dinner untuk 2024 kat tempat yang sama macam tahun lepas di Lipis Plaza Hotel. Senang berurusan kat situ. Dewan hotel pun selesa dan luas. Harga makanan dan sewa dewan pun murah.
Beberapa bulan sebelum berlangsung Annual Dinner Tema Casual ni kami dah buat perbincangan team, pemilihan AJK dan sebagainya. Kami buat undian tema dan majoriti memilih tema casual untuk Annual Dinner 2024.
Menu pun kami buat undian dan majoriti memilih menu chicken chop, nasi goreng cina, buah-buahan dan air oren. Harga untuk sekepala RM25. Sewa dewa termasuk sekali dengan PA system dan projector RM300.
Pagi 7 Disember tu team deco dah mula buat deco atas stage, deco photobooth dan pintu masuk. Cie pulak buat deco dessert table. Kami ada buat tambahan nak bawak dessert sendiri. Sebelah petang pulak buat rehearsal bersama MC.
Sebelum rehearsal ada masalah dengan PA system. Bunyi speaker tu tak clear. Jenuh la kami cari punca masalah tu. Betulkan itu ini semua tak jadi. Staf hotel datang pun taktau apa masalah. Incharge pulak datang betulkan. Rupanya wayar connection speaker ke laptop tu longgar je. Adoi la bukan main lama kami mencari punca masalah tu. Akhirnya selesai.
Pengacara Majlis pun kami pilih sebelum majlis. Cie buat skrip dengan mereka sekali. Doa pulak asalnya staf yang baca tapi tiba-tiba staf tu ada nak hadir kematian saudara dia so tak dapat datang dinner. Cie mintak bos bacakan doa.
Bos baca doa |
Pasangan pengacara majlis |
Setiap tahun kami ada beli doorgift kenangan Annual Dinner dan dicetak Annual Dinner so ada la kenangan dapat apa setiap kali dinner. Untuk tahun ni sepakat memilih tumblr. Cie la uruskan buat tempahan. Kami buat collection RM25 setiap orang.
Doorgift untuk semua |
Untuk cabutan bertuah pulak tahun ni kita buat cabutan hadiah macam pertukaran hadiah la. Setiap orang perlu sediakan hadiah anggaran harga RM20 hinggan RM50. Ada juga yang bagi lebih dari RM50. So semua akan dapat hadiah. Takdela sedih tak dapat hadiah kan. Hahaha
Cie memberi hadiah queen bedsheet |
Hadiah-hadiah yang ada malam dinner |
Cie menerima hadiah dapat beg travel |
Games pulak kami sediakan 4 games. Antaranya tarik hadiah, roda hadiah, cedok jajan dan teka botol. Semua staf dan ahli keluarga boleh main. Nanti Cie share entry lain khas untuk games. Meriah juga hadiah hasil sumbangan sesama kami je.
Aktiviti lain juga kami buat mic challenge untuk beberapa orang staf terpilih. Termasuk bos kami pun kena paksa masuk mic challenge. Cie awal-awal dah cakap taknak. Takdela MC petik nama. Kami pilih 2 buah lagu mereka kena nyanyikan. Mic challenge ni mereka kena nyanyi sambung-sambung sikit sorang sampai habis semua peserta dan lagu.
Seronok betul semua enjoy je. Yela setelah penat bekerja waktu Annual Dinner jela nak enjoy lupakan tentang kerja. Semua boleh melaram baju cantik-cantik. Selalu tengok staf pakai uniform je pergi kerja. Waktu Annual Dinner semua cantik-cantik mengikut tema.
Di penghujung majlis Annual Dinner kami sediakan hadiah bagi Best Staff Of The Year, King and Queen Of The Night. Untuk best staff tu kami buat undian dan Cie tetapkan kriteria pemilihan dan semua staf perlu memilih seorang sahaja yang betul-betul mengikut kriteria ditetapkan.
Untuk King and Queen Of The Night pulak Cie sediakan borang undian dan semua orang perlu mengundi seorang King dan seorang Queen yang mengikut tema Casual tu la. Sengit juga semua mengikut tema.
Untuk pemenang Best Staff Of The Year Cie sediakan sijil dan tempah hadiah key holder dan ukir kat situ Best Staff Of The Year. Untuk King dan Queen pulak Cie sponsor barangan Personal Collection. Ada shampoo, conditioner, deodorant dan sabun mandi.
King and queen of the night. Pengacara majlis juga |
Best staff of the year |
Selepas majlis penyampaian hadiah kami merakamkan gambar kenangan bersama semua staf dan ahli keluarga yang dapat hadir. Ada seorang sahaja staf jabatan Cie yang tak dapat join dinner kali ni. Selalu macam tu. Nak kumpulkan semua memang susah. Ada yang datang single je tak bawak family. Ada la lebih kurang 38 orang kesemuanya termasuk ahli keluarga. Staf jabatan kami 17 orang semua sekali.
Geng girl jabatan Cie |
Tak semua ada |
Staf Jabatan Dietetik dan Sajian. Sorang je tak dapat hadir |
Kami 4 beranak |
Selesai majlis kami terus bungkus makanan dan mengemas barang deco dan lain-lain. Banyak lebihan makanan memang berbaloi buat kat Lipis Plaza ni memang banyak makanan mereka sediakan.
Selfie dengan hadiah-hadiah |
Hadiah Cie dan anak-anak dapat main games |
Seronoknya ada annual dinner...
ReplyDeleteseronok sbb smua pulang bw adiah....
ReplyDeleteni betul2 orang kuat dia ni..
ReplyDeleteWalau hanya membaca entry, tapi boleh faham macam mana penat nak uruskan semua tapi bila semua bekerjasama, hilang sekejap rasa penat tu.
ReplyDeleteBy the way, saya akan ke Hospital Kuala Lipis lagi pada 30 Disember 2024 ni, temujanji dengan doctor pukul 9 pagi. Kotlah ada rezeki, dapatlah kita jumpa.
Meriaaah nyaaa 😍😍🎉. Makanan sedap, dan banyak hadiah pula. Award nya pun macam2 ya , sampai ada king and queen segala 😄👍
ReplyDeleteAnnual dinner biasanya tunggu lucky draw la kan..akak selalu x bernasib baik..tema kasual senang...bila tema lain contohnya Oscar..memamg seram
ReplyDeleteRabia kena pergi hi tea sabtu ni dgn staff2 taska. Ahad sambutan akhir tahun dgn sambutan hari lahir knk2
ReplyDelete