Menu Dinner FamilyMart - Blog Roziah Muhammad Nor

Thursday, January 9, 2025

Menu Dinner FamilyMart

Hari ni off kitchen lagi untuk dinner. Bukan malas masak ye. Hahaha. Husband takde ke KL so tinggal kami bertiga je. Nak masak untuk Cie dan anak-anak rasa macam tak berbaloi nanti takut tak habis pulak makanan. Dah babahnya tinggal duit kita gunakan jela.

Lagipun nanti Cie penat lepas masak kena kemas dan cuci semua. Biasanya Cie masak dan husband akan cuci segala periuk belanga kuali bagai. Tu yang fikir beli jela senang.

Mulanya tanya anak-anak nak makan apa. Kakak Raisha request tapau kat Kedai Makan Leeza Emery. Sampai je kat kedai tutup la pulak.

So pergi la ke kedai yang biasa kami tapau, Kedai Selera Kelate. Pun tutup jugak. Ish dah kenapa semua tutup hari Khamis ni. 

Cie pun terus drive ke bandar lama. Banyak kedai tutup. Nampak la ada kedai buka. Kami pun singgah. Tengok ada la 4-5 meja ada pelanggan. Cie dan anak-anak pun duduk. Tengok meja tepi tu ada 2 meja belum ada makanan. 1 meja tu ada air je.

Meja dalam kedai ada yang tengah makan. Ada yang tengah tunggu order bungkus. Tunggu punya tunggu dalam 5 minit takde orang ambik order. Yang ambik order tu juga yang buat air. Masa Cie duduk kat meja tu pelayan tu tengah hantar air dan makanan bungkus meja lain. Dia masuk kedai sambung bancuh air lagi. 

Dalam 5 minit macam takde tanda dia akan ambik order. Cie fikir mesti lama ni kang. Ada 2 meja lagi belum dapat makanan. Cie pun ajak anak-anak cari kedai lain. Geram juga kita duk melangut takde orang nak ambik order. Apa la salahnya masa dia hantar order orang tu bungkus tu terus je ambik order kami. 

Malas nak menunggu dah kami terus cau je. Cakap kat anak-anak kita tapau ramen FamilyMart jela tak payah tunggu orang datang kat meja kita terus pergi kaunter order je lagi senang. Kedai tu taknak rezeki la. Kita bagi rezeki kat FamilyMart je.

Maka menu dinner FamilyMart jela kami malam ni. Bila dah masuk FamilyMart ni memang makan modal la. Nampak semua nak. Hahaha. 

Menu Dinner FamilyMart

Raspberry ni memang tersangat sedap

Terpaksa kena keluar modal sendiri jela babahnya tinggal duit RM20 je. Hahahah. RM20 kalau beli nasi goreng kampung dan mi goreng basah cukup je tapi tu la kedai tutup la, kedai taknak ambik order la. Terpaksa la keluar modal sikit asalkan dapat makanan.

Total semua tadi RM41.80. Tu la rasa sikit je beli rupanya terlebih bajet. Hahahah. Ramen tu tak habis juga makan. Anak-anak simpan dalam fridge esok boleh panaskan je.

12 comments:

  1. Berganda pulak jadi kosnya hihi ...takpe, janji perut terisi :)

    ReplyDelete
  2. Adoi, terpaksa kuar modal sendiri pulak... hihi... xpe janji anak² happy cie

    ReplyDelete
  3. Betul tu Cie..Kalo xde assistant lps kita memasak...Baik kita mkn luar / tapau je...=)

    ReplyDelete
  4. Hahahah.. sama macam sy la Cie ni, kadang mcm tu la, tapi sy biasa memang tuju tempat mahal, tak pasal2 kena tambah duit sendiri. Tapi memang sakit hati la kalau duduk melangut tak ada siapa layan, lebih baik tinggalkan aje.

    ReplyDelete
  5. Cuya dulu selalu order foodpanda nak beli ramen FM dgn oden
    Favourite Cuya ni

    ReplyDelete
  6. Okey malam ni nak ajak Dania beli eskrem Raspberry tu la..ari tu akak sombong sangat x nak...hahaha

    ReplyDelete
  7. ice cream Raspberry tu macam sedap. belum pernah rasa lagi hahahaha

    ReplyDelete
  8. Beli di Familymart juga yang senang, kan. Cuma kosnya agak tinggi. Tapi takpela, anak-anak kenyang.

    ReplyDelete
  9. tak berbaloi masak kalau sikit je makan kan.. itula yg ldy sellau rasa... maka jrglah update tntg masakan :p :p :p

    ReplyDelete
  10. Kalau tak ramai memang tak baloi nak masak. Baik beli je.

    ReplyDelete
  11. FamilyMart memang mengancam dompet, banyak benda menarik kat situ 😆

    ReplyDelete