MENU PERTAMA DI TAHUN BARU 2025

Hari ni kita bercuti sempena tahun baru. Maka nya seawal pagi lepas subuh dah check in kitchen. Terajin pagi ni masak nasi lemak. Lama tak masak nasi lemak. Selalunya makan kat kedai atau order dari staf Sajian je kalau nak makan nasi lemak. 

Payah nak jumpa sambal nasi lemak yang sedap. Masak sendiri baru puas hati nak makan. Kat kedai kadang-kadang mereka guna ikan bilis yang besar tu sambal jadi tak sedap. Ikan bilis tu murah sikit tu yang peniaga memang suka guna.

Nasi Lemak Pandan Kukus

Minggu lepas dah nak masak nasi lemak tapi malas. Kebetulan pulak cili kering dah habis. Petang semalam balik kerja singgah Mini Ria kejap beli cili kering. Pagi tadi terus settle blend apa semua.

Selalunya Cie memang standby cili kering blend dalam freezer. Cili kering blend tu masakkan dulu lepas tu letak dalam bekas dan simpan dalam freezer. Senang bila-bila nak guna tu dah ada.

Maka menjadi la nasi lemak pandan kukus, sambal ikan bilis, telur kukus, telur mata, keropok, timun.

Saja buat nasi lemak pandan. Banyak daun pandan Cie tanam dalam pasu je. Makin membiak tu pun dah tumbuh anak-anak pandan. Senang nak masak bila ada tanam kat rumah.

Nasi Lemak Pandan Kukus

Nasi Lemak Pandan Kukus

Nasi Lemak Pandan Kukus

Nasi Lemak Pandan Kukus

Nasi Lemak Pandan Kukus

Nasi Lemak Pandan Kukus

Telur tu Cie kukus tegakkan celah-celah lubang pengukus. Tu yang kuning dia tak duduk kat tengah. Pun boleh la senang nak asingkan. Anak-anak tak makan kuning telur.

Masak banyak terus sekali arung breakfast dan lunch kang tak payah masak dah repeat je makan. Sekian cerita menu pertama di tahun baru.

Takde apa aktiviti hari ni. Nak jalan-jalan kat Lipis ni pun takde tempat menarik. Cuti hari ni je. Esok dah kerja dan anak-anak dah sekolah.