Dah beberapa hari selepas buat semakan Tawaran Kemasukan ke SBP Tingkatan 1 kakak Raisha masih tidak memberi kata putus bersetuju ke tidak untuk menerima tawaran SBPI (Sekolah Berasrama Penuh Integrasi).

Bila ditanya kakak Raisha diam je. Ibu pulak pening memikirkan macam mana nak meyakinkan kakak Raisha untuk menerima tawaran tersebut. Tapi ibu dah klik menerima tawaran sebab nak print surat tawaran dan buku  tawaran kemasukan.

Dapat Tawaran Pilihan Kedua

Dapat Tawaran Pilihan Kedua

Ibu check semula semasa isi permohonan dulu rupanya SBPI ni pilihan kedua. Sebab masa tu tak berani nak isi SBP yang jauh-jauh. Try jela isi yang dekat-dekat. Pilihan pertama sekolah sains. Tak sangka la pulak dapat tawaran pilihan kedua. 

Kakak Raisha ni sorang je dapat tawaran ke SBPI tu yang dia macam berbelah bagi, risau dan bermacam-macam bermain di fikirannya kot. Ada 4 orang kawan kelasnya dapat sekolah sains yang sama, ada dapat sekolah sains lain, ada dapat MRSM dan ada dapat sekolah agama. Dia sorang je tercampak di SBPI tu. 

Bila tanya kalau dapat sekolah sains tu nak pergi ke dia kata nak sebab ada kawan. Jenuh la ibu cakap nanti masa kat sekolah tu bila dah diagihkan kelas dan asrama boleh jadi tak dapat dah sama kelas dan bilik. Mesti dapat kawan baru. Sama la kalau pergi SBPI tu nanti ada la kawan baru.

SBPI ni sekolah aliran agama. Memang elok la ibu berhajat nak kakak Raisha belajar bidang agama. Result agama kakak Raisha macam Bahasa Arab tu memang cemerlang. Tapi dia kata tak minat sekolah agama. Tak faham jugak tak minat tapi boleh score. Adoi la anak pening ibu fikir.

Ada masa seminggu lebih je untuk kakak Raisha buat keputusan. Bila baca buku tawaran tu banyak la kena selesaikan sebelum tarikh mendaftar pada 18 Februari 2025 nanti. 

Cie cakap kat husband nanti bawak je dia medical check up. Senang takdela kalut bila last minute dia tetiba buat keputusan menerima tawaran tu nanti mana tau kan. Yang lain macam peralatan dan pakaian tu boleh settle kemudian. Dokumen yang kena hantar pun sempat je settle.

Cie mampu berdoa je jikalau sekolah itu yang terbaik untuk Kakak Raisha minta Allah buka kan hati dia untuk menerima tawaran tersebut, jika sebaliknya mintak jauhkan.