Cerita semalam aci jela kita share hari ni. Hahaha. Berderet dalam draft. Kita kasi clear sikit demi sedikit. Busy sangat a few weeks ni jadi malas nak menaip entry panjang lebar tapi sebab gambar dah ambil buat la juga takdela sia-sia sangat kita gigih snap gambar kan.
Sabtu semalam husband takde dia pergi program daki Gua Bama dengan team dental. Cie dan anak-anak tak join. Tak pernah pun join program tempat kerja husband. Kita yang jenis introvert ni tak reti nak bergaul dengan orang yang kita tak biasa.
Sebelum keluar rumah pagi tu suruh husband beli roti gardenia Cie nak buat roti bakar je malas nak keluar mencari sarapan. Lepas tu husband tinggal duit juga. Boleh la keluar lunch.
Anak-anak dah beberapa kali ajak lunch di Che Ngah Cafe. Hari Jumaat tu tutup. Minggu lepas tu anak-anak ajak dah Cie cakap nanti la weekend. So semalam kita tunaikan la permintaan anak-anak nak makan nasi goreng ayam Che Ngah Cafe.
Dalam pukul 11 lebih macam tu keluar rumah terus menuju ke Che Ngah Cafe. Mujur buka rezeki anak-anak. Masa kami sampai tu takde orang pun. Depan kami ada la 2 orang tengah nak order kat kaunter.
Kat Che Ngah Cafe ni kena order kat kaunter dan terus bayar. Nanti dia akan berikan nombor untuk pesanan dihantar ke meja kita.
Total untuk pesanan kami RM47.40. Memang makan modal 3 beranak ni makan. Hihi. 2 hari lunch kat kedai total bil hampir RM100. Ni baru 2 hari. Kalau hari-hari botak kepala bapaknya.
Sementara tunggu makanan sampai macam biasa la isi masa dengan selfie. Senang nak masukkan dalam blog. Tu jela kerja Cie kan. Sebab tu la kena update entry juga sebab bahan dah ada tinggal nak menaip cerita je.
Selalu kalau lunch di Che Ngah Cafe ni memang order nasi goreng ayam jela. Padahal banyak menu lain. Pernah jugak la order nasi goreng udang. Sedap jugak.
Siap makan terus balik rumah. Takde tempat nak pergi dah. Keluar semata-mata nak makan je punya la malas nak masak.
Mesti sedap nasi goreng ayam kat situ kan, sebab tu Cie dok repeat menu sama je.
ReplyDeleteTakpe sesekali keluar semata nak makan, tukar suasana 😀
Wow..Sedapnya nmpk ayam goreng tu =q
ReplyDeleteAgak besar portion nasi gorengnya. Mesti sedap. :)
ReplyDeletesemua pun sedap niiii
ReplyDelete