Sukan Sekolah Kakak Raisha another level betul buat sukan di malam hari. Sekolah kakak Raisha dah mula berolahraga sejak Isnin dah. Kiranya malam tadi acara 100 meter sahaja tinggal dan upacara penutup.
Pengetua nak selesaikan sukan sebelum puasa dan nak fokus kepada belajar pulak sebab tahun ni agak singkat masa nak habiskan semua silibus. Sesi persekolahan 2026 akan bermula Januari 2026 nanti. Dah kembali kepada asal seperti sebelum PKP dulu.
Malam tadi pergi la kami anak beranak ke sekolah kakak Raisha selepas maghrib. Dinner awal dah 7 malam. Lepas maghrib je kami terus keluar rumah. Sampai sekolah acara 100 meter dah pun nak bermula. Kakak Raisha takde masuk acara pun. Sekadang datang untuk tanda kehadiran je.
Masa SISP dulu Kakak Raisha rumah kuning. Naik sekolah menengah ni dah dapat rumah biru pulak. Kakak Raisha tukar je baju rumah sukan dengan kawan dia. Jimat dah tak payah beli baru. Kawan dia dapat rumah kuning dulu rumah biru. Pandai pakat dengan kawan. Takde gambar kakak Raisha. Sampai je sekolah terus berkumpul ikut rumah sukan. Ibu, babah dan adik Rania terus ke pavilion.
Seronok tengok upacara perbarisan meriah dengan tema neon. Merelip merelap semua dengan pelbagai hiasan lampu. Cuma handphone ibu jela tak berapa nak elok gambar. Entahla nak setting macam mana night mode tak reti. Rumah sukan kakak Raisha paling cantik. Ibu dah agak mesti menang perbarisan terbaik. Memang betul rumah biru menang tempat pertama perbarisan. Cumanya rumah sukan kakak dapat tempat keempat keseluruhan.
Meriah ramai ibubapa yang hadir menyaksikan upacara penutup. Ada gimik perasmian siap ada mercun. Ada persembahan tarian, persembahan senam tari.
Selesai dah upacara sukan sekolah kakak Raisha. Lepas ni dah kena fokus untuk belajar pulak. Habis upacara penutup sukan sekolah kakak Raisha malam tadi dah pukul 10 lebih.
Mulanya ingatkan nak tengok kejap je. Nak suruh husband hantar balik takut adik Rania mengantuk. Tapinya adik Rania nak tengok sampai habis. Tunggu jela sampai habis upacara penutup.
Wahhhh.. memang another level ni sukan sekolah buat malam.
ReplyDeleteWah.. betul-betul lain bila sukan buat malam.. Laju betul ya dah buat acara sukan..
ReplyDeleteLain dari yg lain ni...
ReplyDelete