Menu Berbuka Puasa 26 Ramadan 1446H
Kepenatan betul hari ni. Seharian buat projek biskut raya pesakit pagi tadi sampai petang. Nanti Cie share hasilnya. Balik rumah petang tadi terus masak menu berbuka pulak. Setakat 26 Ramadan ni masih gigih masak menu berbuka puasa.
Walaupun penat sangat menu berbuka puasa 26 Ramadan 1446H tetap meriah seperti yang dirancang dalam menu. Sedar tak sedar tinggal beberapa hari saja lagi nak masak menu berbuka ni. Nanti sambung puasa ganti dan sekaligus puasa 6.
Plan asal nak masak udang goreng tepung bestari. Disebabkan rencah ayam goreng berempah baru ni masih ada Cie simpan dalam freezer. Terus tukar kepada udang goreng berempah la. Cuma tambah tepung jagung je tadi.
Ikan rebus pun masih ada 4 ekor. Cie goreng 2 ekor. Selalunya Cie goreng dengan bawang dan cili padi, tadi malas dah nak goreng biar togel camtu jela.
Cendawan tiram ada lagi sikit Cie simpan baru ni. Beli sepeket 3 kali masak. Cie buat goreng tepung bestari ni anak-anak makan. Kalau masak lain memang tak makan. Entahla kenapa.
Oleh kerana semua menu bergoreng, Cie masak la kobis masak lemak. Ada la kuah sikit anak-anak suka makanan berkuah. Cie memang tak kesah je makan kering pun.
Tambahan timun dan sambal belacan. Sambal belacan tu buat banyak senang bila-bila nak makan ceduk je. Takdela banyak kalau makan hari-hari seminggu jela. Kalau makan jarang-jarang 2 minggu baru habis.
Kuih muih pulak husband yang beli dan dia sorang je makan. Ketayap dan kuih cara berlauk. Kalau teringin nak rasa baru la kami makan.
Alhamdulillah ni jela menu berbuka kita hari ni. Selamat berbuka.
Bestnya menu, meriah goreng², ada pulak masak lemak & sambal belacan, cukup menyelerakan selepas seharian berpuasa.
BalasPadamMenyengangkan jgk menu2 ni...I loike sayur lemak mkn dgn ikan goreng tu =q
BalasPadamMenyengangkan jgk menu2 ni...I loike sayur lemak mkn dgn ikan goreng tu =q
BalasPadamsedap tu
BalasPadamAda sambal belacan memang selera makan. Udang goreng berempah nampak sedap.
BalasPadam