Menu Berbuka Puasa 27 Ramadan 1446H - Blog Roziah Muhammad Nor

Friday, March 28, 2025

Menu Berbuka Puasa 27 Ramadan 1446H

Hari ni hari Jumaat terakhir Ramadan 1446H. Ramadan yang ke27. Beberapa hari saja lagi Syawal pula akan menjelma, berlalu la sudah Ramadan untuk kali ini. Semoga kita dipanjangkan usia untuk bertemu Ramadan akan datang.

Alhamdulillah hari ni tadi pergi dan balik kerja takde jem. Selalunya depan simpang nak masuk taman Cie tu memang akan jem orang balik Kelantan. Last kerja tadi, bermula esok sampai 6 April Cie cuti raya. Hihi

Padahal takdela balik kampung jauh-jauh pun. Cie dan husband memang asal Lipis. Dari rumah Cie nak balik kampung husband 15 minit, nak balik kampung Cie 30 minit laluan yang sama. 

Kedua belah Cie dan suami dah takde mak ayah jadinya kami tak kalut balik kampung mana-mana. Pagi raya di rumah sendiri lepas tu baru lah balik kampung pergi rumah saudara mara. Anak-anak takdela moment balik kampung jauh-jauh tu.

Menu berbuka puasa 27 Ramadan 1446H ni Cie masak nasi lemak je. Lama tak makan nasi lemak tu yang selit juga menu nasi lemak. Ada sambal tumis ikan bilis, ayam goreng tepung bestari, telur rebus, timun dan papadom.

Menu Berbuka Puasa 27 Ramadan 1446H

Menu Berbuka Puasa 27 Ramadan 1446H

Menu Berbuka Puasa 27 Ramadan 1446H

Menu Berbuka Puasa 27 Ramadan 1446H

Menu Berbuka Puasa 27 Ramadan 1446H

Menu Berbuka Puasa 27 Ramadan 1446H

Menu Berbuka Puasa 27 Ramadan 1446H

Tadi husband beli juga siput sedut masak lemak. Makan jela dengan nasi lemak ni kang. Anak cakap macam menu lontong dah ada masak lemak, sambal ikan bilis. Hihi.

Menu Berbuka Puasa 27 Ramadan 1446H

Jiran pulak tadi bagi kari daging. Rezeki hari ni. Alhamdulillah. Boleh je nanti simpan dalam fridge esok panaskan. Suruh husband beli roti je nanti boleh la makan sahur. Kalau tak habis makan berbuka ni la.

5 comments:

  1. Tu la, tengok² tiber ada siput masak lemak pulak di situ, hihi.

    ReplyDelete
  2. Cuya pon kg tk jauh.. Melaka ke N9 jer
    Tak merasa balik jauh2

    ReplyDelete
  3. Siput sedut tu nampak menarik. Tak merasa lagi bulan puasa ni.

    ReplyDelete
  4. sedap tu siput sedut ..lama tkmkn

    ReplyDelete
  5. Saya balik kg sbb my mom is still around.so memang berkumpul.semua 6 beradik utk raya ( sorang dh meninggal thn 2022)

    ReplyDelete