Projek Biskut Raya Pesakit 2025 - Blog Roziah Muhammad Nor

Friday, March 28, 2025

Projek Biskut Raya Pesakit 2025

Setiap tahun memang menjadi tradisi jabatan Cie akan buat Projek Biskut Raya Pesakit. Untuk tahun ini diteruskan juga dan semalam la 27 Mac Cie dan team buat Projek Biskut Raya Pesakit 2025.

Projek Biskut Raya Pesakit 2025

Projek Biskut Raya Pesakit 2025

Cie pun dah lupa sejak bila mulakan projek biskut raya pesakit ni. Rasanya tahun 2018 ke 2019 gitu la kot. Setiap tahun Cie dan team akan buat beberapa jenis biskut raya dan hari raya nanti kami edarkan kepada semua pesakit.

Projek Biskut Raya Pesakit 2025

Pesakit kat wad ni ada pelbagai jenis penyakit. Jadinya kami cuba buat beberapa jenis biskut mengikut kategori penyakit. Sekadar saja suka-suka je buat projek biskut raya pesakit ni. Nak bagi pesakit rasa diraikan ketika aidilfitri walaupun terpaksa beraya dalam wad.

Untuk menu raya pun Cie buat menu special sikit untuk hari raya pertama dan kedua nanti. Cie create menu jela. Staf Cie la yang masak raya nanti.

Projek biskut raya pesakit ni kami buat 8 jenis biskut dan 2 jenis kek kesemuanya. 3 kategori la kami buat. 

Projek Biskut Raya Pesakit 2025
Biskut bijan ni patutnya untuk teraputik tapi termanis pulak jadinya bagi kat normal patient jela

Projek Biskut Raya Pesakit 2025
Biskut oat crunchy untuk teraputik

Projek Biskut Raya Pesakit 2025
Biskut snow almond untuk normal

Projek Biskut Raya Pesakit 2025
Biskut kelapa klasik untuk teraputik

Projek Biskut Raya Pesakit 2025
Biskut coklat mocha untuk normal

Projek Biskut Raya Pesakit 2025
Biskut cornflakes crunchy untuk normal

Projek Biskut Raya Pesakit 2025
Biskut famous amos

Projek Biskut Raya Pesakit 2025
Biskut makmur susu

Untuk normal diet, high protein diet, mother accompanying child (mak yang menemani pesakit kanak-kanak) yang ni 5 jenis biskut. Asalnya 4 jenis tapi sebab 1 jenis untuk teraputik diet tu manis pulak jadinya tak sesuai nak bagi. Kena tukar bagi kepada pesakit yang normal saja.

Untuk teraputik diet macam diabetic diet, low salt diet, low fat diet, post natal kami buat 3 jenis. Manakala untuk soft diet dan diet kanak-kanak kami bagi 2 jenis kek.

Projek Biskut Raya Pesakit 2025

Projek Biskut Raya Pesakit 2025

Projek Biskut Raya Pesakit 2025

Projek biskut raya ni tak seberapa pun. Cuma sekadar ingin menggembirakan pesakit yang dalam kesedihan tak dapat beraya di rumah. Semoga semua pesakit cepat sembuh dan cepat keluar wad untuk beraya bersama keluarga tersayang.

2 comments:

  1. Bagusnya projek ni..moga dapat sedikit sebanyak menggembirakan
    hati pesakit2. Sedap betul kuih nyaaa

    ReplyDelete