Pagi Sabtu 1 Mac 2025 ni memang busy betul la. Macam-macam nak buat sebelum masuk 1 Ramadan 1446H. Pagi tadi Cie masak Nasi Lemak Pandan Sambal Udang. Adik Rania ada kelas tambahan KAFA jadinya malas nak keluar mencari sarapan. Lagipun nanti sebulan tak makan nasi lemak bulan puasa.
Kat rumah memang banyak daun pandan dalam pasu tu. Dah tumbuh yang baru pulak dah anak-anak pokok pandan. Senang tanam daun pandan tak payah jaga beria biar je hidup dalam pasu tu. Tu yang masak Nasi Lemak Pandan kukus pagi tadi.
Dalam fridge ada udang untuk sekali masak. Maka nya jadi la sambal udang makan dengan nasi lemak pandan. Cie guna cili kering tak pedas blend siap-siap dah simpan dalam fridge bila-bila nak guna senang. Bila tak pedas ni berselera la anak-anak makan bertambah. Adik Rania tak makan pedas sangat. Kakak Raisha ok je.
Nasi lemak tak lengkap kalau takde telur, timun dan ikan bilis goreng. Cie buat telur kukus dan telur mata. Telur kukus tu lagi senang nak kopek kulit berbanding telur rebus. Kukus je dalam pengukus tu sekali masukkan nasi dalam bekas stainless steel.
Pernah nampak kat facebook ada orang tu letak telur sekali beras dimasak bersama dalam 1 bekas. Telur tu walau dicuci pun takut ada bakteria. Cie memang asingkan. Nasi lemak dalam bekas stainless steel. Telur letak je atas lubang pengukus tu.
Goreng sikit ikan bilis buat tambahan makan dengan sambal udang. Potong timun jepun. Lengkap dah hidangan dimakan bersama Nasi Lemak Pandan Sambal Udang.
Eh belum lengkap lagi kalau takde keropok goreng tak sedap nak makan. Memang sejenis suka makan apa-apa dengan keropok goreng baru ngam. Rumah Cie memang sentiasa ada keropok goreng.
Kenyang sarapan Nasi Lemak Pandan Sambal Udang so boleh la lunch lambat sikit. Plan nak makan pizza hari ni.
Lengkap betul set nasi lemaknya.. Siap ada sambal udang.. Suka betul Sha nengoknya..
ReplyDeleteBuat sendiri tu yang kena lengkap.
Deletesedapnya nasi lemak homemade!
ReplyDeleteYe buat sendiri ikut tekak sendiri.
DeleteWah sedapp..harini pon kat rumah masak sambal udang
ReplyDeleteSama menu.
DeleteSedapnya, nasi lemak homemade ada sambal udang. Tak pernah cuba kukus telur. Biasa rebus saja.
ReplyDeleteKukus lagi senang nak kopek kulit.
DeleteSambal udang tu....aauummm!
ReplyDeleteMengancam kan. Hihi
DeleteAduhai sedapnya sambal udang..
ReplyDeleteKalau buh petai lagi sedap.
Delete