Hari cuti nanti ada la plan nak buat kuih muih berbuka. Nak try buat lempeng pisang yang Khairul Aming share resipi guna roti prata tu dan nak buat popia big mac. Kalau terajin la ni.
Hari ni menu sahur 13 Ramadan 1446H sama jela setiap hari. Buah-buah dah takde so kita shake jela ESP dan Cinch Chocolate. ESP tu base dia soya jadinya Cie tak berapa nak boleh telan kalau rasa soya. Cie tak minum air soya. Tu yang mesti mix dengan lain-lain baru boleh minum.
Performance Drink Orange, Performance Drink Lemon Lime, Cinch Tea shake je bersama-sama. Senang kerja. Saja je mix PD Orange dan Lemon Lime tu. Bila mix Cinch Tea sekali bertambah sedap. Ikut dan jela sebenarnya asal boleh minum.
Simple je menu bersahur setiap hari. Takde nasi, takde lauk pauk. Terlajak bangun pun sempat je bersahur. Setakat ni belum terlajak lagi. Malam pun tidur awal. Pukul 10 macam tu tidur dah kalau tak pergi terawih. Kalau ke surau dalam 10.15 - 10.30 malam tidur dah. Tak boleh tidur lewat dah tua-tua ni nanti mengantuk tak boleh bawak bincang. Hihi
Ari ni kami sahur nasi goreng
ReplyDeleteBetul, skrg tak larat dah nak tahan mata. Habis terawih tidur je :)
ReplyDeletekami sahur pulut kuning rendang ayam juadah berbuka semalam hehe
ReplyDeletesekurang-kurangnya sempat bersahur ..dapat juga pahala sebelum mendapat pahala puasa yang lebih besar
ReplyDeleteMujur sempat juga bangun sahur ..
ReplyDelete