Sahur 6 Ramadan 1446H - Blog Roziah Muhammad Nor

Jumaat, 7 Mac 2025

Sahur 6 Ramadan 1446H

Pagi tadi sahur seperti biasa dengan produk Shaklee. Yang mudah, yang cepat, yang mengenyangkan, yang memberi tenaga, yang mengurangkan rasa dahaga. Tu style Cie la sebab sahur memang tak biasa makan nasi. Pernah je makan nasi tapi sampai lunch time perut dah bagi signal lagu keroncong. Hihi.

Anak-anak pun dari mula belajar puasa memang taknak makan berat waktu sahur. Beria la masak nasi goreng, masak makan kegemaran anak-anak sudahnya terkial-kial nak habiskan. Lepas tu anak-anak kata taknak makan berat. Dah jenuh ibu fikir nak bagi apa.

Masa awal-awal belajar puasa Cie bagi minum Meal Shakes Shaklee dan milo. Ok la anak-anak selesa bersahur minum je. Air Performance Drink bagi jugak sebab nak bantu kurangkan dahaga anak-anak.

Tahun depannya pulak anak-anak taknak dah Meal Shakes tu Cie bagi protein shake Shaklee yang lain pulak. Anak-anak tak suka sangat. Tahun ni adik Rania request nak minum Vico je so kakak Raisha follow.

Air Performance Drink wajib bagi juga. Lepas minum Vico anak-anak akan minum PD pulak. Sahur 6 Ramadan 1446H ni adik Rania makan roti dengan sambal hitam duk tengok babahnya dah beberapa hari sahur roti dan sambal hitam. Kakak Raisha minum je taknak makan. Adik Rania mesti makan tak kesah apa-apa yang simple. Calci Yum setiap hari. Kena beli buat stok.

Ibu pulak sahur 6 Ramadan 1446H ni sama je setiap hari. Nanti nak beli pisang, mangga, dragon fruit. Boleh blend dengan ESP kalau mood rajin la. Kalau malas shake jela ESP dan Cinch Chocolate tu kenyang jugak sampai berbuka.

Sahur 6 Ramadan 1446H

Cie puasa tak lapar cuma lebih kepada dahaga je. Lagi-lagi kalau cuaca panas. Cie dah biasa buat IF so setakat 16 hingga 17 jam tu dah biasa sangat. Untuk elak dahaga tu yang minum Performance Drink Orange.

Cie mix je dengan Cinch Tea so takdela kena minum 3-4 jenis air setiap kali sahur kan. Boleh mix je. Cinch Tea tu pun boleh je mix dengan ESP jadi la teh sihat.

Tu jela menu sahur sama pun nak update dalam blog. Hihi

5 ulasan:

  1. famili MZ pun ulang2 menu sahur yg sama ni...roti, nasi goreng, telur rebus hehehe

    BalasPadam
  2. waahhh Cie dah biasa IF mmg terasa mudah & tak byk beza bulan Ramadhan

    BalasPadam