Tinggal beberapa hari saja lagi Ramadan akan meninggalkan kita dan Syawal akan menjelma. Tarikh melihat anak bulan Syawal 1446H pun telah ditetapkan. Cie tengok kat TV1.
Kita ni pernah ada pengalaman raya mengejut kan. Tiba-tiba malam pengumuman tu esoknya raya kan. Kali ni belum tau lagi sama ada 1 Syawal jatuh pada Isnin 31 Mac 2025 atau 1 April 2025. Sama-sama kita nantikan anak bulan kelihatan atau tak.
Bagi menyempurnakan titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja mengisytiharkan bahawa tarikh bagi melihat anak bulan Syawal 1446H ialah pada petang hari Ahad 30 Mac 2025 bersamaan dengan 29 Ramadan 1446 Hijrah.
Tempat-tempat Untuk Melihat Anak Bulan
Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh awal Syawal adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab.
Penyimpan Mohon Besar Raja-Raja akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh awal Syawal melalui siaran radio dan televisyen.
Sama-sama la kita tunggu depan tv bila agaknya 1 Syawal 1446 Hijrah.
Diam tak diam, ramadan dah nak melabuhkan tirai dah.
ReplyDeleteMasa raya terkejut tu.. Berbuka puasa tu, linda dah masak lauk raya.. Kikiki
ReplyDeletesy rs raya isnin thn ni. so mmg kena prepare awal ahad tu nnt
ReplyDeleterasa isnin tu raya..
ReplyDelete