Sepatutnya awal dah siap tapi disebabkan Cie stop minggu lepas selepas kejadian jatuh dan pengsan tu yang sambung semula minggu ni. Seminggu dah berlalu tapi masih sakit badan, sakit tulang rusuk, sakit kaki dah berkurang sikit. Ambil masa juga nak pulih ni. Kena pergi check semula ni kot ada mana-mana bahagian yang masih belum pulih sepenuhnya.
Sakit-sakit pun masak la juga kan. Kena berkuat la tak boleh melayan sangat sakit tu. Habis masak kita baring jela berehat. Cie sekarang memang banyak baring je kalau kat rumah. Seharian duduk kat office memang penat anggota badan. Balik rumah berehat. Kalau tak sakit ni takdela nak berbaring sangat. Dah tua-tua ni kena banyak berehat.
Menu Berbuka Hari Terakhir Puasa Ganti ni Cie masak simple je habis idea dah hari-hari masak. Selalunya menu Cie yang kena fikir. Anak-anak dan suami makan je apa Cie masak. Takde request sangat. Ada pun jarang-jarang berlaku. Tu yang jem sikit otak fikir menu.
Cie masak nasi goreng letak telur je. Tumis pun dengan bawang putih dan bawang holland je. Renjis kicap cair sikit bagi nampak warna. Kalau tak tadi putih je nasi goreng Cie. Tak menarik. Sayur pun tak letak.
Lepas tu Cie masak ayam goreng gaul dengan tepung beras, serbuk kunyit, serbuk lada sulah, perasa sikit lepas tu gaul je dan goreng. Sedap makan dengan nasi goreng.
Oleh kerana takde sayur dalam nasi goreng kita potong timun jepun last dah tu habis dah stok. Weekend nanti kena beli lagi timun jepun. Hari-hari ulam sama je.
Cili potong dan keropok goreng wajib ada kalau menu bergoreng macam nasi goreng ni. Dah terbiasa macam tu. Kalau takde macam tak lengkap.
Buah epal asam boi jela. Buah epal staf Cie bagi. Banyak betul seplastik. Tadi Cie potong bagi adik Rania bawak pergi jamuan raya kafa. Letak asam boi dan asam kulit limau. Habis katanya. Budak-budak pun suka makan epal tu sedap.
Alhamdulillah ni jela menu berbuka puasa ganti hari terakhir. Lepas ni boleh fokus untuk sihatkan badan pulak. Terima kasih semua rakan-rakan blogger yang doakan Cie kat ruangan komen. Love you all. Semoga yang baik-baik juga untuk korang semua.
Alhamdulillah
ReplyDeleteAlhamdulillah.. Selesai berpuasa. Tahniah.
ReplyDeleteAlhamdulillah syukur dah habis puasa
ReplyDeleteyayy... abes dah gantinya tu.
ReplyDeleteKecur nengok epal asam boi tu.
Alhamdulillah sedap semuanya.. nak simple.. okla apa pun syukur selesai semua puasa ganti..
ReplyDeleteNasi goreng cina tu fevret anak2 sy =D..Selamat hari raya cie =D
ReplyDeletesedap nampak ayam tu. ada lada sulah aumm rasa dia kan?
ReplyDeleteKadang pun goreng nasi dengan telur je, habis idea nya. Epal asam boi pun sedapnya.
ReplyDeleteAlhamdulillah.
ReplyDeleteNasi goreng pun sodap!
Alhamdulillah selesai sudah Puasa 6 dan qadha.
ReplyDeleteAkk baru nak berkayuh, lambat mola sbb uzur hari tu.
Sedap la pulak nampak cili potong gu dgn nasi goteng. Ada Rasa pedas2 tu yg tambaj selera tu