Menu Berbuka Puasa Qada’ Dan Puasa Sunat Syawal Hari Pertama ni Cie masak menu yang simple je. Ayam goreng dan telur rebus goreng berlado.
Selalu kalau masak ayam berlado Cie mesti buat jugak telur rebus goreng. Telur tu rebus dulu lepas tu kupas kulit dan goreng sikit. Gaul je sekali dengan ayam dalam kuah berlado tu.
Mulanya nak masak siew pak choy goreng. Sekali buka fridge bahagian sayur tu ada lagi kacang panjang dan kecut sikit. Beli bulan puasa hari tu terlupa nak goreng. Mujur ok je cuma takdela fresh dah. Cie buat goreng kicap.
Timun ada sebelah lagi macam nak buruk dah. Potong-potong boleh la buat ulam. 2 jenis sayur la Menu Berbuka Puasa Qada’ Dan Puasa Sunat Syawal Hari Pertama kita.
Ingatkan nak goreng ikan masin tadi malas pulak. Cukup la menu simple ni je.
Selamat berpuasa Syawal kak
ReplyDeleteAlhamdulillah.. Masuk hari niedah dapat 3 hari.. Moga sihat2 je untuk habiskan puasa 6..Aamin2
ReplyDeleteAmmi baru nak mula harini. Puasa sorang je dulu sbb husband tak reti sahur tanpa nasi huhu. Takpe i go first sbb banyak hari juga nak mengganti posa
ReplyDeleteSimple pun sedap ni =D
ReplyDeleteAlhamdulillah.. Selamat Berpuasa Cie..
ReplyDeleteSha pun memilih berpuasa time kerja.. Masa lebih cepat berlalu berbanding hari cuti..
Alhamdulillahhhhh.. tu lah puasa masa hari bekerja tak terasa lama sgt.. moga kita sama2 dpt selesaikan cepat Qadha' Puasa & Puasa 6 Syawal aminnnn hehehe
ReplyDelete